Banyak fakta tidak betul isu babi di Selangor

AWAL minggu ini kita dikejutkan isu penternakan babi di Selangor yang pelbagai fakta mengenainya adalah tidak betul dan sengaja dicetuskan dengan keterlaluan.

Beberapa kekeliruan mula muncul sekali gus tersebar di media sosial kononnya Selangor ini merupakan penternakan babi terbesar di Malaysia.

Hakikatnya tidak sebegitu, dakwaan kononnya Selangor menternak babi untuk dieksport dan dijual ke luar negeri sebenarnya adalah tidak benar.

Penternakan babi di Selangor adalah semata-mata untuk memenuhi keperluan domestik.

Malah, bekalan sedia ada hanya mampu memenuhi sekitar 30% permintaan. Selebihnya diimport dari negeri lain.

Dakwaan itu turut dinafikan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari yang menegaskan, Selangor tidak berhasrat untuk mengeksport daging babi.

“Populasi babi di negeri ini sudah dikurangkan daripada kira-kira 250,000 kepada sekitar 100,000 ekor. Jumlah ini hanya mencukupi untuk memenuhi kira-kira 30 peratus keperluan penggunaan.

“Kerajaan negeri juga bersetuju mengenai keperluan menjalankan satu kajian bagi menentukan tahap penggunaan sebenar,” katanya dalam dalam satu sidang media, semalam.

Mengenai dakwaan tapak ternakan babi di Bukit Tagar milik kerajaan negeri, ia merupakan tuduhan melulu dan tidak benar.

“Tapak yang dicadangkan untuk ternakan babi di Bukit Tagar adalah tanah milik swasta, bukan milik kerajaan negeri.

“Pada tahun 2013, terdapat kira-kira 128 ladang ternakan. Kini jumlah tersebut telah menurun kepada 114, dan hanya 69 yang masih aktif,” kata Aminudin.

Justeru itu, sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, elakkan menyebarkan maklumat tidak sahih.
Gunakan saluran rasmi dan fakta yang tepat sebelum membuat sebarang kesimpulan.

Mari kita sama-sama menjadi rakyat yang berilmu dan berhemah.

Related Posts

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan dan usaha pihak pengurusan universiti dalam menangani isu gangguan bekalan air yang sedang melanda kampus.‎‎Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

KUCHING – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kelab Literasi Digital Warga Emas Kuching (Diwarmas) yang berlangsung pada Khamis meriah dengan semangat silaturahim dan ukhuwah komuniti. Acara yang menghimpunkan warga emas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi