Banjir Perak: Jumlah mangsa terus meningkat, tiga PPS baharu dibuka

TAIPING – Akibat hujan berterusan petang Khamis, tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam tadi susulan peningkatan jumlah mangsa banjir melibatkan Daerah Kerian dan Larut Matang Selama (LMS), di sini.

Jumlah mangsa banjir di Daerah Kerian dan LMS meningkat kepada 200 mangsa daripada 67 keluarga malam tadi berbanding 79 mangsa daripada 29 keluarga sebelum ini.

Menurut jurucakap Sekretariat Pengerusan Bencana Negeri Perak, seramai 39 mangsa daripada 11 keluarga di Kampung Matang Tengah, Daerah Kerian di tempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak yang dibuka Rabu lalu.

Jelasnya, sebanyak tiga PPS baharu dibuka malam tadi di Taiping dalam Daerah LMS iaitu di Masjid Nurul Hidayah, Sungai Bemban, Kuala Trong; Masjid Al-Wusta, Batu 8 dan Sekolah Kebangsaan (SK) Matang Gelugor, Matang.

“PPS Masjid Nurul Hidayah menempatkan seramai 81 mangsa yang terdiri daripada 31 keluarga.Kesemua mangsa tinggal di Kampung Batu 9, Changkat Jering.

“Sementara, PPS Masjid Al-Wusta menempatkan 30 mangsa daripada 11 keluarga. Kesemua mangsa dari Kampung Kuala Trong dan Kampung Sungai Ponggor,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambah jurucakap tersebut, di PPS SK Matang Gelugor telah menempatkan 50 mangsa daripada 11 keluarga dari Kampung Matang Gelugor, Kampung Matang Pasir dan Kampung Jebong Kiri.

Sehingga malam tadi, tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku dan proses pemindahan berjalan dengan lancar membabitkan pelbagai pihak berkaitan.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak memaklumkan FT147 Jalan Bagan Serai–Changkat Lobak di Daerah Kerian ditutup kerana berlaku tanah runtuh.

Sehubungan itu, jalan alternatif Alor Pongsu–Bukit Merah dibuka kepada semua kenderaan berat memandangkan paras air kini berada pada 0.42 meter.

Related Posts

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

MIRI – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tular di media sosial yang mendakwa Sarawak telah memohon 1,000 pekerja dari Bangladesh untuk bekerja dengan PETROS.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

KABONG – Beberapa Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) berjaya disiapkan dan diserahkan kepada penduduk dalam satu program yang berlangsung pada Jumaat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Datuk Mohd Chee Kadir…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penguatkuasaan Akta 872 perlu diperkasa demi lindungi kebajikan pekerja gig

Penguatkuasaan Akta 872 perlu diperkasa demi lindungi kebajikan pekerja gig

Ekonomi domestik perlu diperkasa hadapi ketidaktentuan global

Ekonomi domestik perlu diperkasa hadapi ketidaktentuan global

Diplomasi berterusan Malaysia pastikan laluan tenaga negara terjamin

Diplomasi berterusan Malaysia pastikan laluan tenaga negara terjamin

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM