Bandar Kuala Kangsar bercahaya, hampir 28,000 panjut tarik lebih 20,000 pengunjung

KUALA KANGSAR – Bandar Diraja Kuala Kangsar bermandikan cahaya apabila sebanyak 27,800 pelita panjut dinyalakan, sekali gus menarik kehadiran lebih 20,000 pengunjung sepanjang berlangsungnya Pertandingan Pesta Panjut Kuala Kangsar 2026 di Persisiran Sayong dan beberapa kampung sekitar daerah ini pada 15 hingga 16 Mac lalu.

Suasana malam yang diterangi ribuan panjut itu menjadi tarikan utama apabila 21 peserta mengambil bahagian dalam pertandingan berkenaan melibatkan tujuh agensi kerajaan, satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta 13 kampung.

Rekaan panjut yang dipersembahkan turut menonjolkan identiti warisan Kuala Kangsar, antaranya replika Masjid Ubudiah, Istana Kenangan, Istana Iskandariah serta Labu Sayong, selain simbol-simbol kebanggaan bandar tersebut sebagai Bandar Diraja.

Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) dalam satu kenyataan memaklumkan penganjuran pesta berkenaan merupakan inisiatif kerajaan negeri dengan kerjasama MPKK bagi memeriahkan suasana menjelang Aidilfitri serta mengangkat seni tradisi tempatan.

Menurut kenyataan itu, sambutan orang ramai terhadap pesta berkenaan terus memberangsangkan setiap tahun.

“Dari segi kehadiran pengunjung, ia tidak pernah mengecewakan apabila dianggarkan lebih 20,000 orang hadir bagi menyaksikan keindahan serta kreativiti rekaan panjut yang dihasilkan para peserta.

“Pertandingan yang dianjurkan secara kompetitif itu telah melalui sesi penjurian pada 15 Mac dengan pelbagai bentuk serta struktur hiasan kreatif dipamerkan, termasuk penggunaan bahan kitar semula seperti tin minuman,” katanya pada Selasa.

Majlis perasmian serta penyampaian hadiah pula disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Perak, Loh Sze Yee.

Dalam pada itu, kerajaan negeri turut melihat potensi besar untuk memperluaskan lagi penganjuran pesta berkenaan pada masa hadapan, termasuk usaha mempromosikan tradisi Meriam Talang yang sinonim dimainkan masyarakat Kuala Kangsar pada malam menjelang Aidilfitri.

Related Posts

28 warga asing direman bantu siasatan tipu pelaburan saham

TAWAU – Seramai 28 warga asing termasuk dua wanita direman sehingga Isnin hadapan oleh Mahkamah Majistret pada Khamis bagi membantu siasatan berhubung sindiket penipuan pelaburan saham dalam talian. Perintah reman…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis bongkar inap desa jadi sarang PATI

ARAU – Polis membongkar kegiatan sebuah inap desa di Jalan Padang Nyu di sini yang dipercayai dijadikan lokasi perlindungan pendatang asing tanpa izin (PATI) etnik Rohingya dalam serbuan Ops Pintas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

28 warga asing direman bantu siasatan tipu pelaburan saham

28 warga asing direman bantu siasatan tipu pelaburan saham

Polis bongkar inap desa jadi sarang PATI

Polis bongkar inap desa jadi sarang PATI

Sindiket dadah RM16.34 juta tumpas, guna kenderaan terpakai elak dikesan

Sindiket dadah RM16.34 juta tumpas, guna kenderaan terpakai elak dikesan

PH dilihat miliki kelebihan sokongan lebih menyeluruh di Negeri Sembilan

PH dilihat miliki kelebihan sokongan lebih menyeluruh di Negeri Sembilan

USNO terus bergolak, Naib Presiden letak jawatan

USNO terus bergolak, Naib Presiden letak jawatan

Guru Sabah harumkan nama negara di pentas antarabangsa

Guru Sabah harumkan nama negara di pentas antarabangsa