Australia akan iktiraf Palestin di Perhimpunan Agung PB September

SENATOR bebas Australia, Fatima Payman, meluahkan rasa terharu dan gembira susulan pengumuman Perdana Menteri, Anthony Albanese, bahawa negara itu akan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka pada sesi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) September ini.

“Saya amat bersyukur kerana dapat bersama setiap rakyat Australia yang memberi tekanan kepada kerajaan supaya melakukan perkara yang betul demi rakyat Palestin, berada di pihak yang benar dalam sejarah, dan hari ini adalah hari itu,” katanya menerusi kenyataan video, semalam, lapor Anadolu.

Albanese mengumumkan keputusan tersebut pada Isnin, beberapa jam selepas enam wartawan terbunuh dalam serangan terbaharu Israel di Gaza.

Fatima turut mengucapkan penghargaan kepada ahli Parti Buruh dan kesatuan sekerja yang lantang mendesak kerajaan memperjuangkan isu Palestin.8

Senator kelahiran keluarga Afghanistan itu menyertai Parti Buruh pada 2014 namun dipecat tahun lalu selepas melanggar arahan parti dengan mengundi menyokong usul pembangkang untuk mengiktiraf Palestin.

“Sekarang kita perlu mengenakan sekatan terhadap Israel, menghentikan perdagangan senjata, dan mengakhiri keganasan, penindasan serta penjajahan demi Palestin yang bebas,” tegasnya.

Sebelum ini, Parti Greens mengemukakan dua usul berkaitan Palestin pada tahun lalu, namun ditolak oleh parti pemerintah dan pembangkang.

Albanese, yang memenangi penggal kedua pada pilihan raya umum Mei lalu, pernah menggantung keahlian Fatima sebelum beliau bertindak keluar parti dan menjadi senator bebas.

“Prinsip dan tindakan kita mesti seiring. Apabila sejarah menilai kelak, biarlah ia merekodkan bahawa kita berada di pihak kemanusiaan walaupun ia sukar,” kata Fatima ketika meninggalkan parti.

Sejak 7 Oktober 2023, serangan tentera Israel di Gaza mengorbankan hampir 61,500 penduduk Palestin, memusnahkan sebahagian besar wilayah itu dan mendorongnya ke ambang kebuluran.

Menurut Pejabat Media Gaza, seramai 237 wartawan terbunuh sejak serangan bermula, termasuk enam wartawan dalam insiden terbaharu.

Israel kini berdepan kecaman antarabangsa serta prosiding di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan, selain kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) melibatkan Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.

Related Posts

Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang

PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump mendakwa beliau menamatkan lapan perang dengan menggunakan langkah perdagangan dan tarif sebagai tekanan, lapor Anadolu Ajansi. “Saya telah menamatkan lapan perang, sebahagian besarnya melalui perdagangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 20 maut, kelab malam terbakar

GOA – Seramai 20 pekerja dan lima pelancong maut selepas kelab malam Birch By Romeo Lane di sini musnah terbakar awal pagi semalam. Menurut pihak berkuasa, kejadian berlaku begitu pantas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

  • By Ynom
  • December 9, 2025
Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam