Kementerian Komunikasi cari jalan agar TikTok izinkan media jana pendapatan

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi akan mengadakan perbincangan dengan TikTok bagi membolehkan organisasi media di Malaysia menjana pendapatan menerusi kandungan penstriman langsung yang disiarkan di platform berkenaan.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, organisasi media seharusnya diberikan peluang memperoleh pulangan daripada jumlah penonton yang mengikuti kandungan menerusi platform rasmi mereka.

“Ramai rakan media bertanya mengapa mereka tidak dapat menjana pendapatan daripada siaran langsung yang mereka lakukan dan saya ingin menyampaikan mesej daripada Ketua-ketua Pengarang kepada Ketua Dasar Awam TikTok Malaysia supaya perkara ini dapat dipertimbangkan.

“Organisasi media merasakan terdapat keperluan untuk mereka mencari sumber pendapatan daripada siaran langsung dan kandungan dihasilkan, yang pada pandangan saya mempunyai kualiti sangat tinggi,” katanya ketika berucap pada majlis penutup Sambutan Festival Belia @ Hari Belia Negara 2026 Peringkat Wilayah Persekutuan, pada Ahad.

Dalam pada itu, Fahmi ketika ditemui media memaklumkan, isu berkenaan bukan hanya melibatkan TikTok kerana kebanyakan platform media sosial turut mendapat manfaat daripada kandungan yang dihasilkan organisasi media dan akaun media rasmi.

Bagaimanapun, beliau berpendapat, Ketua-ketua Pengarang memaklumkan terdapat platform tertentu  termasuk TikTok tidak membenarkan organisasi media menjana pendapatan atau memperoleh pulangan daripada kandungan yang diterbitkan.

“Jadi saya memohon dan saya bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan TikTok bagi melihat apa yang boleh dilakukan untuk membantu organisasi media di Malaysia.

“Jika sesebuah organisasi media mengadakan siaran langsung yang menarik puluhan ribu atau ratusan ribu penonton melalui akaun rasmi mereka, tetapi penonton tidak dapat memberikan hadiah maya atau sumbangan kewangan walaupun mereka menonton kerana jenama media itu sendiri, maka seharusnya ada bentuk pulangan daripada platform seperti TikTok,” katanya.

Beliau berkata kementerian akan terus bekerjasama dengan platform media sosial bagi memastikan ekosistem media negara dapat berkembang secara mampan, termasuk meneroka model penjanaan pendapatan yang lebih sesuai untuk organisasi media tempatan.

  • Related Posts

    Isu Rohingya: KP JKOM tinjau kawasan di Selayang teliti keluhan rakyat

    SELAYANG – Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali mengadakan tinjauan sulung ke beberapa kawasan di Selayang yang mempunyai premis dan penempatan komuniti Rohingya bagi mendapatkan gambaran sebenar…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Perubahan berkesan bukan yang paling viral tapi bermanfaat buat rakyat

    SEJAK kebelakangan ini, muncul suara-suara sinis yang mendakwa kerajaan hari ini tidak membawa perubahan besar kepada rakyat. Ada yang mengatakan semua pengumuman hanyalah kosmetik. Ada yang mendakwa kehidupan rakyat tetap…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Isu Rohingya: KP JKOM tinjau kawasan di Selayang teliti keluhan rakyat

    Isu Rohingya: KP JKOM tinjau kawasan di Selayang teliti keluhan rakyat

    Pas belum maafkan Bersatu, krisis Perlis terus hantui PN

    Pas belum maafkan Bersatu, krisis Perlis terus hantui PN

    Perubahan berkesan bukan yang paling viral tapi bermanfaat buat rakyat

    Perubahan berkesan bukan yang paling viral tapi bermanfaat buat rakyat

    MBI tawar diskaun 50 peratus kompaun, parkir dan bot percuma sempena ulang tahun Bandar Raya Ipoh ke-38

    MBI tawar diskaun 50 peratus kompaun, parkir dan bot percuma sempena ulang tahun Bandar Raya Ipoh ke-38

    MCMC arah CelcomDigi tingkat kualiti liputan perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat, Tawau segera

    MCMC arah CelcomDigi tingkat kualiti liputan perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat, Tawau segera

    Isu Dialog Datuk Bandar Sedunia di China: Amy Tnay perjelas status kehadiran

    Isu Dialog Datuk Bandar Sedunia di China: Amy Tnay perjelas status kehadiran