Aspek maritim perlu jadi teras strategik Belanjawan 2026

PUTRAJAYA – Aspek keselamatan maritim perlu dijadikan keperluan strategik dalam Belanjawan 2026 bagi memperkukuh keupayaan Malaysia menghadapi cabaran geopolitik serantau serta menjamin kestabilan laluan perdagangan antarabangsa.

Pemerhati hubungan antarabangsa dan keselamatan Universiti Utara Malaysia (UUM), Nur Ashikin Yusof berkata, Malaysia tidak boleh lagi melihat isu maritim dan sempadan sebagai ancaman semata-mata, sebaliknya perlu mengambil peluang untuk memodenkan aset pertahanan serta mempertingkat teknologi pengawasan negara.

Menurutnya, pelaburan dalam memperkasa keupayaan maritim bukan berfokuskan pertahanan semata-mata, namun berkait rapat dengan kepentingan ekonomi negara berikutan laluan perairan merupakan nadi perdagangan global yang menjadi tumpuan kuasa besar dunia.

“Cabaran maritim dan sempadan harus dilihat bukan semata-mata sebagai ancaman, tetapi juga peluang untuk memodenkan aset pertahanan dan teknologi pengawasan negara.

“Dengan sokongan belanjawan, Malaysia boleh membangunkan kapasiti maritim yang lebih efisien, memperkukuh kerjasama keselamatan dengan jiran serantau, serta menjadikan Laut China Selatan dan Selat Melaka sebagai zon perdagangan selamat dan stabil,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Isnin.

Dalam pada itu, Nur Ashikin berpandangan, langkah memperkukuh keupayaan maritim ini bukan sekadar mempertingkat kawalan sempadan, malah memberi isyarat jelas bahawa Malaysia komited memastikan kestabilan serantau dan kebebasan pelayaran terus terjamin.

Beliau menegaskan Malaysia mempunyai kelebihan tersendiri sebagai negara yang mengamalkan dasar luar pragmatik dan berkecuali, membolehkan hubungan baik dikekalkan dengan kuasa besar dunia seperti China, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.

“Pendekatan terbabit akan memperkukuh kedudukan Malaysia, khususnya menerusi ASEAN sebagai pemacu integrasi serantau. Dengan peruntukan belanjawan yang terarah, Malaysia berpeluang memperluas diplomasi ekonomi.

“Pada masa sama, kaedah terbabit juga mampu memanfaatkan pelaburan hijau, di samping memperkukuh daya tahan perdagangan walaupun Malaysia berdepan dengan ketidaktentuan geopolitik global,” katanya.

Sementara itu, Nur Ashikin berkata, Belanjawan 2026 juga perlu memberi tumpuan dalam keselamatan siber yang mempunyai kemampuan dalam
membuka ruang baharu kepada pembangunan modal insan negara.

Beliau berpendapat, peruntukan untuk memperkukuh sistem keselamatan digital mampu melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang teknologi maklumat, sekali gus menjadikan Malaysia sebagai hab keselamatan siber serantau.

“Belanjawan 2026 bukan sahaja berfungsi sebagai mekanisme untuk menangani risiko, tetapi juga sebagai platform untuk memperkukuh hubungan antarabangsa dan meningkatkan kesiapsiagaan keselamatan negara.

“Pendekatan seimbang, progresif, dan berpandangan jauh ini akan memperkukuh keyakinan pelabur, mengukuhkan daya tahan ekonomi, selain memastikan Malaysia terus melangkah ke hadapan sebagai sebuah negara yang aman, makmur, serta dihormati di peringkat global.

“Menjelang pembentangan Belanjawan 2026, aspek hubungan antarabangsa dan keselamatan negara wajar diberikan perhatian utama bagi memastikan Malaysia kekal stabil, berdaya saing, serta diyakini oleh komuniti antarabangsa,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan, dijadualkan membentangkan Belanjawan 2026 di Parlimen pada 10 Oktober ini.

Related Posts

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan menegaskan tindakan Datuk Mubarak Dohak yang menandatangani serta membacakan pengisytiharan menurunkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Undang Luak Sungei Ujong, semalam, adalah tidak sah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Sabah gerak semua agensi bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Sabah gerak semua agensi bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia