Nilai pelaburan Kerajaan Persekutuan cecah RM34.822 bilion pada tahun 2023

NILAI buku pelaburan Kerajaan Persekutuan menunjukkan peningkatan secara konsisten dalam tempoh lima tahun, iaitu daripada RM33.191 bilion pada tahun 2020 kepada RM34.822 bilion pada tahun 2023, menurut Analisis Kewangan Kerajaan Persekutuan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2025.

Bagaimanapun, laporan tersebut menunjukkan sedikit penurunan pada tahun 2024 sebanyak RM0.131 bilion atau 0.4 peratus, menjadikan jumlah pelaburan kepada RM34.691 bilion.

Pelaburan yang direkodkan dalam Penyata Memorandum merujuk kepada pegangan kepentingan Kerajaan Persekutuan dalam syarikat, badan berkanun dan agensi antarabangsa yang dilaksanakan melalui Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).

Pelaburan Kerajaan Persekutuan dalam Khazanah Nasional Berhad turut meningkat sebanyak RM410 juta.

Peningkatan ini adalah hasil pemindahan sebanyak 410,000,001 unit saham biasa milik MKD dalam Malaysia Venture Capital Management Berhad (MAVCAP) kepada Khazanah.

Sebagai balasan, Khazanah telah menerbitkan sebanyak 34,096,122 unit saham biasa kepada MKD pada harga RM15.60 seunit, menjadikan nilai keseluruhan balasan berjumlah RM531.90 juta.

Sementara itu, penurunan pelaburan dicatat melalui penebusan dan pemindahmilikan saham Redeemable Cumulative Preference Shares (RCPS) milik MKD dalam Syarikat Bekalan Air Selangor berjumlah RM131 juta, selain pelupusan keseluruhan saham MKD bernilai RM1 dalam Syarikat PDX.Com Sdn. Bhd.

Dari aspek hasil pelaburan, dividen yang diterima oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 2024 daripada 21 syarikat dan dua badan berkanun berjumlah RM39.012 bilion. Jumlah ini menunjukkan penurunan sebanyak RM7.047 bilion atau 15.3 peratus berbanding RM46.059 bilion pada tahun 2023.

Walau bagaimanapun, dividen daripada 13 syarikat dan dua badan berkanun mencatat peningkatan ketara sebanyak RM3.059 bilion atau 105.3 peratus kepada RM5.964 bilion, berbanding RM2.905 bilion pada tahun sebelumnya. Lonjakan ini disumbangkan terutamanya oleh Syarikat Piramid Pertama Sdn. Bhd. yang menyumbang tambahan dividen sebanyak RM2.734 bilion.

Namun begitu, dividen yang diterima daripada tujuh syarikat utama mencatat penurunan kepada RM32.030 bilion pada tahun 2024, berbanding RM42.136 bilion pada tahun sebelumnya menyusut sebanyak RM10.106 bilion atau 24 peratus.

Penurunan terbesar direkodkan daripada Petroliam Nasional Berhad (Petronas), yang menyusut sebanyak RM8 bilion berbanding tahun sebelumnya.

Related Posts

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16