Anwar saksi lapan MoU di Hyderabad House

NEW DELHI – Malaysia dan India hari ini memperkukuh lagi hubungan dua hala dengan pertukaran lapan memorandum persefahaman (MoU).

MoU itu merangkumi pelbagai sektor termasuk pengambilan pekerja asing, perubatan tradisional ayurveda, teknologi digital, budaya, pelancongan dan pentadbiran awam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dalam lawatan rasmi tiga hari ke India mulai Isnin dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, bersama-sama menyaksikan MoU itu di Hyderabad House di sini.

Hyderabad House digunakan kerajaan India untuk majlis rasmi negara, terutama mesyuarat peringkat tinggi dan jamuan yang meraikan tetamu kenamaan asing.

MoU Pengambilan, Penggajian dan Repatriasi Pekerja, ditandatangani Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, dan Menteri Hal Ehwal Luar India, S Jaishankar.

MoU Ayurveda dan Sistem Perubatan Tradisional ditandatangani Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan rakan sejawatannya, Jaishankar.

Menteri Digital Gobind Singh Deo dan Jaishankar memeterai Mou Kerjasama Dalam Sektor Teknologi Digital,

Mou Kerjasama Dalam Bidang Budaya, Seni dan Warisan, ditandatangani oleh Menteri Pelancongan, Kesenian, dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing dan Jaishankar, yang masing-masing turut menandatangani MoU Kerjasama Pelancongan.

Mou Pentadbiran Awam dan Reformasi Kerajaan pula membabitkan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Setiausaha Kementerian Luar India Timur, Jaideep Mazumdar.

Mou Kerjasama Dalam Sektor Belia dan Sukan ditandatangani Mohamad Hasan dan Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, BN Reddy.

MoU di antara Lembaga Perkhidmatan Pusat Kewangan Antarabangsa dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA) bertukar di antara Pengerusi LFSA, Datuk Wan Mohd Fadzmi Che Wan Othman Fadzillah dan Jaishankar.

Pada majlis itu, Pengerusi Bersama Forum CEO India-Malaysia, Tan Sri Kuna Sittampalam menyampaikan Laporan Forum CEO India-Malaysia ke-2 kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Perjanjian ini dijangka mengukuhkan lagi perkongsian strategik di antara kedua-dua negara, menggalakkan kerjasama merentasi pelbagai bidang dan mewujudkan peluang baharu untuk pertumbuhan dan pembangunan bersama.

Related Posts

Titah Agong perkasa SPRM sebagai institusi bebas, tolak campur tangan politik

PUTRAJAYA – Bekas hakim serta pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan antara calon paling layak dipertimbangkan dalam mengisi jawatan Ketua Pesuruhjaya baharu buat agensi terbabit. Presiden Pemerhati Rasuah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KKM sangkal dakwaan label hologram gagal, masih berfungsi lindungi pengguna

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan dakwaan berhubung kegagalan sistem pengesahan ketulenan label hologram produk kesihatan adalah tidak tepat. Sebaliknya, KKM menerusi kenyataan memaklumkan, mekanisme sedia ada terus berfungsi dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah ‘reset’ ekonomi, RM12 bilion pacu ekonomi digital, berasas sumber lestari

Sabah ‘reset’ ekonomi, RM12 bilion pacu ekonomi digital, berasas sumber lestari

Sumbangan untuk mangsa kebakaran Kampung Bahagia terus diterima

Sumbangan untuk mangsa kebakaran Kampung Bahagia terus diterima

Kerajaan teliti pembelajaran dalam talian, kurang penggunaan bahan api

  • By Ynom
  • April 23, 2026
Kerajaan teliti pembelajaran dalam talian, kurang penggunaan bahan api

Langkah kerajaan tingkat kesejahteraan komuniti India wajar dipuji

Langkah kerajaan tingkat kesejahteraan komuniti India wajar dipuji

Sistem telus, kepimpinan tegas diperlukan dalam membanteras rasuah – KSN

Sistem telus, kepimpinan tegas diperlukan dalam membanteras rasuah – KSN

Titah Agong perkasa SPRM sebagai institusi bebas, tolak campur tangan politik

Titah Agong perkasa SPRM sebagai institusi bebas, tolak campur tangan politik