Kerajaan teliti pembelajaran dalam talian, kurang penggunaan bahan api

KOTA KINABALU – Cadangan memperluas pelaksanaan pembelajaran dalam talian dalam kalangan mahasiswa antara langkah yang sedang diteliti kerajaan bagi mengurangkan penggunaan bahan api, selari dengan usaha penjimatan kos semasa negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Ts. Mustapha Sakmud berkata, pendekatan itu antara opsyen yang diperhalusi khususnya untuk mengurangkan kebergantungan terhadap perjalanan fizikal.

“Antara cadangan yang dipertimbangkan bagi mengurangkan penggunaan bahan api ialah pelaksanaan pembelajaran secara dalam talian.

“Pendekatan ini khususnya melibatkan kalangan mahasiswa dan dilihat berpotensi mengurangkan keperluan pergerakan fizikal.

“Terdapat beberapa kaedah lain yang sedang diperhalusi dan akan diputuskan serta dimaklumkan dari semasa ke semasa bagi menangani cabaran ekonomi yang dihadapi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Wacana Kesejahteraan Minda Pemimpin Pendidikan MADANI di UiTM Cawangan Sabah, pada Khamis.

Dalam pada itu, Mustapha merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan yang mengekalkan harga petrol BUDI95 serta subsidi bahan api bagi Sabah dan Sarawak pada kadar sedia ada, yang disifatkan memberi kelegaan kepada rakyat di kedua-dua negeri.

Terdahulu pada Khamis, Jurucakap Kerajaan Perpaduan merangkap Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, inisiatif Bekerja Dari Rumah (BDR) dalam kalangan penjawat awam telah memberi impak penjimatan ketara, termasuk penggunaan kira-kira 334,000 liter minyak, sekali gus menyokong usaha mengurangkan beban kos bahan api.

Related Posts

Sabah ‘reset’ ekonomi, RM12 bilion pacu ekonomi digital, berasas sumber lestari

KOTA KINABALU – Sabah kini memasuki fasa baharu pembangunan apabila kerajaan negeri mengambil langkah melakukan ‘reset’ ekonomi dengan memberi tumpuan kepada sektor pintar, digital dan berasaskan sumber lestari. Yang di-Pertua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sumbangan untuk mangsa kebakaran Kampung Bahagia terus diterima

KOTA KINABALU – Pelbagai badan korporat tampil menyerahkan sumbangan kepada mangsa kebakaran Kampung Bahagia, Sandakan di Depoh Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Sembulan, di sini pada Khamis. Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah ‘reset’ ekonomi, RM12 bilion pacu ekonomi digital, berasas sumber lestari

Sabah ‘reset’ ekonomi, RM12 bilion pacu ekonomi digital, berasas sumber lestari

Sumbangan untuk mangsa kebakaran Kampung Bahagia terus diterima

Sumbangan untuk mangsa kebakaran Kampung Bahagia terus diterima

Kerajaan teliti pembelajaran dalam talian, kurang penggunaan bahan api

  • By Ynom
  • April 23, 2026
Kerajaan teliti pembelajaran dalam talian, kurang penggunaan bahan api

Langkah kerajaan tingkat kesejahteraan komuniti India wajar dipuji

Langkah kerajaan tingkat kesejahteraan komuniti India wajar dipuji

Sistem telus, kepimpinan tegas diperlukan dalam membanteras rasuah – KSN

Sistem telus, kepimpinan tegas diperlukan dalam membanteras rasuah – KSN

Titah Agong perkasa SPRM sebagai institusi bebas, tolak campur tangan politik

Titah Agong perkasa SPRM sebagai institusi bebas, tolak campur tangan politik