Sabah ‘reset’ ekonomi, RM12 bilion pacu ekonomi digital, berasas sumber lestari

KOTA KINABALU – Sabah kini memasuki fasa baharu pembangunan apabila kerajaan negeri mengambil langkah melakukan ‘reset’ ekonomi dengan memberi tumpuan kepada sektor pintar, digital dan berasaskan sumber lestari.

Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman berkata, pelaksanaan Pelan Sabah Maju Jaya 2.0 (SMJ 2.0) dan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) akan menjadi pemangkin kepada transformasi menyeluruh ekonomi negeri.

“Sabah menunjukkan daya tahan ekonomi yang kukuh sejak lima tahun lalu walaupun berdepan cabaran global, selain kekal sebagai destinasi pelaburan berdaya saing.

“Tahun lalu, Sabah merekodkan RM7.6 bilion pelaburan dalam sektor pembuatan, meningkat hampir 208 peratus berbanding 2024,” ujarnya ketika Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Sabah ke-17.

Menurut Musa, di bawah RMK13, sebanyak 1,173 projek pembangunan dirancang dengan siling peruntukan RM12.024 bilion, meningkat 141.62 peratus berbanding RMK12.

“Daripada jumlah itu, 933 projek merupakan projek baharu yang akan memacu pembangunan sektor strategik termasuk infrastruktur, ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

“SMJ 2.0 (2026–2030) mengekalkan tiga teras utama iaitu pertumbuhan ekonomi, pembangunan modal insan dan kesejahteraan rakyat, serta pengukuhan infrastruktur dan kelestarian hijau.

“Pelan ini turut diperkukuh dengan penekanan terhadap ekonomi biru, pendigitalan dan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggerakkan peralihan kepada ekonomi berasaskan inovasi,” ujarnya.

Dalam pada itu, kerajaan negeri akan memperluas pembangunan kawasan perindustrian termasuk di luar bandar, selain memperkasa Program Pembangunan Keusahawanan Negeri bagi menyokong perusahaan kecil dan sederhana (IKS).

“Sektor pertanian turut diberi perhatian melalui pemodenan, termasuk pelaksanaan Program Revolusi Padi dan inisiatif Revolusi Ekonomi Pertanian Luar Bandar (RAER) 2025–2030 bagi meningkatkan keterjaminan makanan.

“Program Kebun Dapur diperkenalkan untuk membantu isi rumah meningkatkan pengeluaran makanan dan mengurangkan kos sara hidup,” kongsinya.

Sementara itu, Musa berkata, Sabah menyasarkan lebih empat juta ketibaan pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 serta merancang penganjuran Tahun Melawat Sabah 2027.

“Secara keseluruhan, hala tuju pembangunan negeri memberi penekanan kepada keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi, kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar,” ujarnya.

Related Posts

Minat membaca generasi muda perlu diperkasa 

SIBU – Usaha memupuk minat membaca dalam kalangan generasi muda perlu dipergiat bagi melahirkan masyarakat yang kreatif, inovatif dan mampu bersaing di peringkat global. Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Sayed…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pendapatan RM14.2 bilion bukti Sarawak makin makmur di bawah GPS – Dr Sim

KUCHING – Sarawak membuktikan keberkesanan pentadbirannya di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) apabila berjaya mencatatkan lonjakan pendapatan luar biasa sehingga mencecah RM14.2 bilion. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Minat membaca generasi muda perlu diperkasa 

Minat membaca generasi muda perlu diperkasa 

Pendapatan RM14.2 bilion bukti Sarawak makin makmur di bawah GPS – Dr Sim

Pendapatan RM14.2 bilion bukti Sarawak makin makmur di bawah GPS – Dr Sim

MA63: Tuntutan 35 peratus kerusi Parlimen Sabah, Sarawak masih berjalan

MA63: Tuntutan 35 peratus kerusi Parlimen Sabah, Sarawak masih berjalan

Sabah ‘reset’ ekonomi, RM12 bilion pacu ekonomi digital, berasas sumber lestari

Sabah ‘reset’ ekonomi, RM12 bilion pacu ekonomi digital, berasas sumber lestari

Sumbangan untuk mangsa kebakaran Kampung Bahagia terus diterima

Sumbangan untuk mangsa kebakaran Kampung Bahagia terus diterima

Kerajaan teliti pembelajaran dalam talian, kurang penggunaan bahan api

  • By Ynom
  • April 23, 2026
Kerajaan teliti pembelajaran dalam talian, kurang penggunaan bahan api