Anwar nafi iktiraf Israel, kekal sokong perjuangan Palestin

MALAYSIA konsisten dengan pendirian bahawa negara ini tidak pernah mengiktiraf kewujudan negara Israel secara diplomatik, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar membidas pihak yang memfitnah beliau kononnya mengiktiraf Israel sambil menyifatkan tindakan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan memperbodoh rakyat.

“Politik apa macam ni? Memperbodoh rakyat, menipu, memfitnah atas nama Islam. Ini yang disebut penunggang-penunggang agama yang tak reti nak ulas.

“Kalau orang tanya, apakah wujudnya Israel? Ia wujud. (tetapi) Malaysia tidak iktiraf, maknanya tidak hantar pegawai kedutaan, tidak ada hubungan diplomatik. Itu maksudnya,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian dalam sidang media ketika Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM).

Isu berkenaan berbangkit berikutan wawancara Anwar bersama stesen televisyen CNN baru-baru ini yang menjadi tular apabila disunting sehingga menimbulkan dakwaan seolah-olah Malaysia mengiktiraf negara haram Israel.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri menegaskan Malaysia tidak pernah mengiktiraf Israel secara ‘de jure’, meskipun mengakui kewujudan negara itu sebagai fakta ‘de facto’.

Malah katanya, ketika berada di Riyadh baru-baru ini, beliau mengusulkan agar Israel disingkirkan dari keanggotaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurutnya, ia satu langkah yang mencerminkan pendirian tegas Malaysia terhadap dasar penindasan Israel terhadap rakyat Palestin.

Beliau turut membidas pihak yang memanipulasi kenyataannya di luar konteks.

Related Posts

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

SANDAKAN – Kerajaan akan memberi keutamaan kepada warganegara dalam pelaksanaan bantuan kepada mangsa terjejas bencana kebakaran, namun aspek kemanusiaan tetap diutamakan tanpa mengira status, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Royalti petroleum: Antara persepsi dan realiti sebenar

Royalti petroleum: Antara persepsi dan realiti sebenar

Harga diesel turun lagi 85 sen

Harga diesel turun lagi 85 sen