Anwar bertemu wakil Google di Peru

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengadakan pertemuan dengan wakil syarikat teknologi gergasi, Google ketika Sidang Kemuncak APEC 2024 di Lima, Peru, semalam.

Fokus utama perbincangan adalah mengenai pemerkasaan ekosistem kecerdasan buatan (AI) dan pembangunan pusat data, dua elemen penting yang akan memainkan peranan besar dalam memperkukuh ekonomi digital negara.

Dalam satu kenyataan dalam media sosial selepas perbincangan itu, Perdana Menteri menegaskan bahawa aspek peraturan dan undang-undang berkaitan dengan AI dan pusat data perlu diberi perhatian yang sewajarnya.

“Aspek pemerkasaan ekosistem AI dan Pusat Data perlu diberi perhatian lebih-lebih lagi mengenai soal peraturan dan undang-undang yang berkaitan, bagi mengelak berlakunya ketirisan data serta eksploitasi ke arah keburukan,” katanya.

Anwar turut mengarahkan kementerian berkaitan untuk mengambil tindakan segera bagi memastikan isu tersebut dapat dikawal dengan berkesan, demi menjaga keselamatan data negara.

Pada Mei lalu, Google menyatakan komitmen untuk melabur RM9.4 bilion (AS$2 bilion) bagi mewujudkan pusat data pertama dan wilayah Google Cloud di Malaysia dengan Elmina Business Park milik Sime Darby Property Bhd di Greater Kuala Lumpur menjadi destinasi pilihan.

Komitmen pelaburan baharu Google itu dijangka menyokong 26,500 pekerjaan merentasi pelbagai sektor di Malaysia termasuk penjagaan kesihatan, pendidikan dan kewangan dengan jumlah impak ekonomi bernilai RM15.04 bilion (AS$3.2 bilion).

Wilayah Google Cloud di Malaysia akan menyertai 40 wilayah dan 121 zon yang kini beroperasi di seluruh dunia bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan awan di peringkat tempatan dan global, selain program celik AI untuk pelajar serta pendidik Malaysia.

Sementara itu, Perdana Menteri juga menyertai sesi makan tengah hari yang dihoskan oleh Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC) Malaysia, Datuk Ruben Emir Gnanalingam, selepas selesai menjadi salah seorang ahli panel pada forum bertemakan ‘Peluang dan Cabaran dalam Revolusi AI’.

Dalam sesi makan tengahari itu, Anwar bertukar pandangan dengan pemimpin perniagaan dari kalangan negara Ekonomi APEC, sambil berkongsi aspirasi Malaysia dalam hal perdagangan dan pelaburan.

Beliau juga mengajak pemimpin perniagaan untuk melabur di Malaysia, dengan menekankan dasar Kerajaan Madani yang jelas serta penekanan terhadap memudahkan proses perniagaan.

Related Posts

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

KUALA LUMPUR – UMNO perlu memperkukuh peranan dan hala tujunya bagi tempoh dua dekad akan datang dengan memberi tumpuan kepada pembangunan holistik merangkumi aspek agama, politik, ilmu serta jati diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Rafizi Ramli bagi membantu siasatan berhubung projek pelaburan bernilai RM1.1 bilion yang dikaitkan dengan kerjasama industri semikonduktor antara Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat