Anwar arah polis, Suhakam rangka kajian lindungi tahanan dalam lokap

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) untuk melakukan kajian dan siasatan terperinci berhubung isu kematian dalam tahanan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tahanan atau suspek itu tidak wajar dihukum terlebih dahulu sebelum hukuman dijatuhkan ke atasnya.

“Ada beberapa masalah yang belum selesai, antaranya soal kematian dalam tahanan polis.

“Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ada menyampaikan kepada saya bahawa beliau terbuka untuk diadakan suatu siasatan.

“Kajian ini adalah untuk mengelak (kes kematian dalam tahanan) memandangkan ada sebahagiannya benar, sebahagiannya persepsi.

“Tetapi untuk diperbetulkan keadaan ini kita perlu pastikan kaedah yang lebih telus bagi mengelakkan salah guna kuasa.

“Yang menyiasat itu polis manakala yang menjatuhkan hukum itu hakim. Jadi sebelum dijatuhkan hukum, mereka (suspek) tu jangan dihukum terlebih dahulu,” kata Anwar ketika berucap pada sambutan Suhakam 25 tahun di KL Sentral pada Isnin.

Perdana Menteri malah menyatakan beliau sangat maklum dengan situasi dalam tahanan.

“Jadi kalau orang bicara tentang ada kebimbangan tentang penderaan, kematian dalam lokap, tak perlu yakinkan saya.

“Kita perlukan sokongan daripada semua untuk melindungi tahanan di dalam lokap.

“Menteri Dalam Negeri (KDN) dan polis juga mendukung idea ini, sebahagian kes dilaporkan adalah benar dan sebahagian lagi adalah persepsi.

Hal demikian kata Anwar ia memerlukan prosedur perlindungan yang teratur.

Justeru ujarnya, Suhakam perlu berbincang dengan polis untuk merangka prosedur bagi melindungi tahanan dalam lokap.

Pada 2022, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sebanyak 24 kes kematian dalam tahanan direkodkan berbanding 46 pada 2021.

Daripada jumlah itu, sebanyak 11 kes membabitkan kematian yang berlaku di dalam lokap polis.

Sebanyak 13 kematian berlaku semasa tahanan menerima rawatan di hospital dan klinik atau dalam perjalanan ke hospital dan klinik.

Related Posts

Dijangka 2.77 juta kenderaan sehari di lebuh raya utama sempena Aidilfitri – LLM

PUTRAJAYA – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan peningkatan jumlah trafik shingga 2.77 juta kenderaan sehari yang menggunakan lebuh raya utama sempena cuti Hari Raya Aidilfitri, pada tahun ini. LLM menerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Masjid MADANI bakal jadi pusat komuniti setempat

KERAJAAN menyasarkan Masjid MADANI yang bakal dibina menjadi pusat komuniti setempat bagi umat Islam dan masyarakat sekitar untuk mendekati Islam. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu bahawa cadangan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta

Jambatan Batang Rajang penghubung Tanjung Manis rasmi dibuka, pendekkan masa perjalanan 

  • By Winny
  • March 27, 2025
Jambatan Batang Rajang penghubung Tanjung Manis rasmi dibuka, pendekkan masa perjalanan 

Dijangka 2.77 juta kenderaan sehari di lebuh raya utama sempena Aidilfitri – LLM

Dijangka 2.77 juta kenderaan sehari di lebuh raya utama sempena Aidilfitri – LLM