Angkasa cadang guna SpEKAR elak penjawat awam bangkrap

KUANTAN – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) bersedia menawarkan kepada syarikat kredit menggunakan Sistem Pelaporan Kredit Angkasa (SpEKAR) sebagai pusat sehenti pemeriksaan kelayakan penjawat awam membuat pinjaman.

Presidennya, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata, usaha itu bertujuan membantu syarikat berkenaan menilai status kredit penjawat awam sebelum memberikan pinjaman.

Katanya, ia juga antara usaha bagi mengelak risiko penjawat awam berdepan situasi bankrap akibat komitmen hutang berlebihan.

“Syarikat (kredit) menggunakan sistem SpEKAR untuk melihat butiran lengkap pemohon sama ada dalam senarai peminjam bermasalah atau tidak.

“Ini termasuk menguruskan kelayakan pemohon mendapatkan kelulusan pinjaman bagi mengelakkan risiko tinggi tidak mampu membayar balik pinjaman,” katanya menerusi satu kenyataan.

Abdul Fattah berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia, Datuk M Bakri Abd Majid, mengenai penjawat awam melakukan pinjaman bank ‘luar biasa’ hingga tidak mampu membayar pinjaman itu.

Jelas Abdul Fattah lagi, SpEKAR adalah sistem pemarkahan kredit yang boleh digunakan syarikat pemberi pinjaman membuat penilaian awal terhadap pemohon pinjaman sama ada dari institusi perbankan, koperasi atau syarikat kredit, pajak gadai dan sebagainya.

“Kelebihan SpEKAR ialah kebanyakan penjawat awam mempunyai jaringan kredit melalui koperasi yang mana Sistem Potongan Gaji Angkasa, adalah komponen utama dalam SpEKAR,” jelasnya.

Related Posts

Sultan Ibrahim berangkat ke Rusia atas jemputan khas Putin

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat ke Moscow atas jemputan khas Rusia menjelang sambutan Ulang Tahun Hari Kemenangan, pada 9 Mei ini. Menurut hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kuota jemaah haji Malaysia musim ini ditutup

KUALA LUMPUR – Kuota haji Malaysia bagi musim ini ditutup sepenuhnya selepas semua 31,600 tempat berjaya diisi. Ia sekali gus menamatkan peluang terakhir kepada jemaah dalam senarai menunggu untuk menunaikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Penduduk Sungai Apin nikmati fasiliti sukan lebih selesa

Penduduk Sungai Apin nikmati fasiliti sukan lebih selesa

Anggota PDRM Sabah diseru perkukuh pengurusan kewangan, kesihatan mental

Anggota PDRM Sabah diseru perkukuh pengurusan kewangan, kesihatan mental

Penyelarasan antara agensi pastikan Pan Borneo Sabah siap ikut jadual – Hajiji

Penyelarasan antara agensi pastikan Pan Borneo Sabah siap ikut jadual – Hajiji

Kegiatan jual petrol bersubsidi kepada warga asing terbongkar

Kegiatan jual petrol bersubsidi kepada warga asing terbongkar