Anggota TLDM perlu bijak tangani maklumat media sosial, pupuk nilai hormat dan ehsan

NILAI hormat dan ehsan tidak seharusnya dipisahkan daripada amalan seharian kerana ia merupakan teras penting dalam pembentukan sahsiah yang mulia dalam kehidupan bermasyarakat, kata Datuk Ismail Yusop.

Malah Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) itu menegaskan, ia merupakan elemen penting yang perlu ditanam dalam organisasi beruniform seperti warga TLDM yang sememangnya menekankan nilai disiplin, kepimpinan dan semangat setiakawan tinggi.

“Kita semua faham bahawa kerangka Malaysia MADANI menekankan nilai-nilai seperti, kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan sebagai asas untuk membina negara bangsa yang lebih gemilang.

“Nilai hormat asas untuk jadi pemimpin yang disegani dan mewujudkan suasana kerja yang baik. Hormat tidak mengira pangkat atau senioriti, hormat ini akhlak, bukan keistimewaan.

“Dan nilai hormat ini juga ditujukan kepada kepada proses, peraturan, dan tanggungjawab bersama, termasuklah menghormati Perlembagaan, undang-undang negara yang sedia ada dengan sentiasa taat setia kepada raja dan negara,” ucapnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di program Kenduri Rakyat di Auditorium Venus, Pangkalan TLDM Lumut, hari ini.

Ismail juga menjelaskan, nilai ehsan mengajar manusia untuk melakukan sesuatu dengan sepenuh hati, walaupun tiada siapa yang melihat.

“Prinsip ini sangat relevan dalam kalangan warga TLDM, di mana setiap tugas dan tanggungjawab dilaksanakan dengan penuh integriti dan keikhlasan demi keselamatan dan kesejahteraan negara, terutama di kawasan perairan negara.

“Terima kasih saya ucapkan kepada warga TLDM, benteng negara yang gagah, yang memainkan peranan penting dalam menjaga kedaulatan serta keselamatan perairan negara demi memastikan kesejahteraan kita semua terus terpelihara,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail mengingatkan anggota TLDM supaya berhati-hati dengan pengaruh media sosial terutamanya ketika menerima sesuatu hebahan atau berita.

“Saya hendak menyentuh sedikit tentang peranan media sosial yang semakin berpengaruh dalam era pasca normal ini. Memang tak dapat dinafikan bahawa peranan media sosial sebagai sumber maklumat utama, tapi ia juga boleh jadi platform penyebaran berita palsu.

“Kalau kita tidak mengawal dengan bijak, ia boleh mencetuskan kekeliruan, ketegangan, malah perpecahan dalam kalangan rakyat. Justeru, penting untuk kita menggunakan media sosial dengan sikap yang bertanggungjawab dan bijaksana,” katanya.

Lebih memburukkan keadaan, Ismail menegaskan, terdapat beberapa pempengaruh dan pihak tertentu yang sengaja memanipulasi maklumat demi kepentingan peribadi.

“Ia menyebabkan masyarakat sukar membezakan antara fakta dan fitnah. Oleh itu, kesedaran digital amat penting dan kita semua perlu menjadi pengguna media sosial yang bertanggungjawab, beretika, dan berhati-hati dalam berkongsi sebarang maklumat,” katanya.

Related Posts

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

PUTRAJAYA – Kerajaan melaksanakan pendekatan subsidi bersasar sebagai mekanisme penampan dengan mengekalkan harga RON95 dan diesel tertentu, di samping membenarkan bahan api tidak bersubsidi diselaras mengikut harga pasaran bagi mengurangkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Guru pelatih maut tercampak, kenderaan dipandu terbabas

Guru pelatih maut tercampak, kenderaan dipandu terbabas

Data tidak menipu!

Data tidak menipu!

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter