AMK Sabah kecam Ketua Penerangan Pas, sindiran karikatur perlekeh usaha PMX

KOTA KINABALU – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah mengecam tindakan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari yang memperlekehkan usaha kerajaan Malaysia dalam mendamaikan konflik bersenjata antara Thailand dan Kemboja baru-baru ini. 

Ia susulan daripada tindakan Fadhli yang telah memuat naik satu karikatur bersifat sinis yang memperlekeh usaha murni Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Ketua Penerangan AMK Sabah, Mohd Nur Hilmie Milus, tindakan Fadhli yang menyamakan usaha tersebut dengan watak haiwan dalam karikatur satira amatlah tidak bertanggungjawab, tidak patriotik dan mencemarkan nama baik Malaysia di persada antarabangsa.

“Ketika dunia menyambut baik kejayaan Malaysia sebagai fasilitator rundingan damai yang menyaksikan perjanjian gencatan senjata serta-merta dan tanpa syarat tercapai.

“Sebagai anak muda yang mendukung nilai-nilai luhur kemanusiaan, kami percaya bahawa setiap usaha menjunjung prinsip kedamaian dan menjamin keselamatan manusia sejagat adalah tanggungjawab moral yang harus disokong tanpa mengira batas ideologi politik. 

“Keamanan adalah hak asasi setiap insan dan tiada ruang untuk sikap sinis terhadap usaha yang membawa nyawa kembali selamat daripada kancah konflik,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau berkata AMK Sabah sentiasa berdiri teguh menghargai dan memuji keupayaan kepimpinan Perdana Menteri yang menunjukkan diplomasi tinggi, kewibawaan moral serta kepercayaan antarabangsa dalam memainkan peranan penting mendamaikan dua negara jiran yang sedang bertelagah.

“Kejayaan ini bukan sahaja mengangkat imej Malaysia, tetapi juga memperkukuh posisi rantau ASEAN sebagai blok yang mendukung penyelesaian secara aman,” katanya.

Sehubungan itu, beliau serta AMK Sabah mendesak Fadhli Shaari untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia, serta rakyat Thailand dan Kemboja yang sedang mengharapkan keamanan sebagai jalan keluar dari penderitaan. 

Katanya, sikap sinikal dan sindiran sebegitu tidak melambangkan kematangan seorang ahli Parlimen, apatah lagi seorang yang memegang jawatan dalam kepimpinan parti.

Sementara itu, Hilmie turut mengajak semua pihak terutamanya anak muda untuk bangkit mempertahankan maruah negara dan menyokong usaha diplomatik Malaysia dalam menyebarkan semangat MADANI ke seluruh dunia. 

“Tindakan berlandaskan kebencian tidak boleh diberi ruang kerana ia hanya akan mencemarkan usaha memperkukuh nilai kemanusiaan dan perdamaian,” ujarnya.

Related Posts

Analisis tidak adil beri imej kurang tepat pencapaian sebenar kerajaan Pahang

KUANTAN – Pemuda UMNO Pahang menyelar tindakan segelintir pihak yang cuba menggugat kestabilan negeri ini dengan menyebarkan naratif negatif dan menggunakan medium fitnah demi kepentingan politik sempit. Ketuanya, Mohd Kamil…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN Negeri Sembilan komited kekal bersama Kerajaan Perpaduan

PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menegaskan komitmen untuk terus bersama Kerajaan Perpaduan apabila kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu sepakat mengekalkan sokongan demi menjamin kestabilan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy