Ambil tindakan tegas tatatertib, undang-undang pegawai bermasalah

PUTRAJAYA – Ahli Institut Integriti Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye berpandangan, pegawai yang didapati cuai, menyeleweng atau melanggar peraturan mesti dikenakan tindakan disiplin atau pendakwaan dengan segera dengan hukuman setimpal sebagai pencegahan lebih berkesan

Katanya, mekanisme pemantauan dalaman perlu diperkukuh menerusi pemerkasaan unit audit dalaman serta diberikan autonomi bagi melaksanakan pemantauan secara berterusan.

“Semua agensi kerajaan wajib melaksanakan proses perolehan yang lebih telus, dan satu sistem pemantauan perolehan secara dalam talian yang boleh diakses oleh orang awam harus diwujudkan.

“Selain audit kewangan, audit integriti secara berkala harus dijalankan, terutama di jabatan berisiko tinggi, bagi mencegah rasuah dan salah guna kuasa,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Selasa.

Terdahulu, LKAN Siri 2/2025 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin mendedahkan tiga ketakteraturan serius melibatkan jumlah keseluruhan melebihi RM460 juta, membabitkan FELCRA Berhad, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan Tentera Darat Malaysia.

Ketua Audit Negara, Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi berkata, dapatan tersebut adalah hasil audit terhadap lima pengauditan yang melibatkan tujuh kementerian, dengan nilai keseluruhan program, aktiviti dan projek berjumlah RM48.87 bilion.

Dalam pada itu, Lam Thye berkata, penguatkuasaan Parlimen perlu lebih tegas dengan memberi kuasa lebih luas kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), termasuk memanggil ketua jabatan serta menteri bertanggungjawab.

Beliau yang juga Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat berkata, ini kerana, Parlimen tidak harus sekadar menerima laporan tetapi perlu menjadi pemantau yang berkesan

“Dalam LKAN yang dibentangkan di Parlimen baru-baru ini, ia sekali lagi membongkarkan isu kelemahan pengurusan kewangan, ketidakpatuhan kepada peraturan, kepincangan dalam perolehan, pembaziran dana awam serta kelompongan pemantauan dalam pelaksanaan projek kerajaan.

“Apa lebih membimbangkan, katanya corak kelemahan ini dilihat berulang tahun demi tahun tanpa sebarang tindakan berkesan untuk menghentikannya. Sudah tiba masanya kerajaan bukan sekadar mendengar laporan itu tetapi digesa mengambil tindakan secara tuntas,” katanya.

Sementara itu, beliau berpendapat, laporan terbabit juga mencerminkan bukan sahaja kelemahan dalam aspek pentadbiran, tetapi juga kegagalan serius dalam aspek integriti dan akauntabiliti.

“Ketelusan masih tidak diamalkan sepenuhnya, manakala sebahagian penjawat awam dan pihak berkepentingan bertindak seolah-olah tiada undang-undang yang perlu dipatuhi.

“Rakyat berhak menuntut tadbir urus yang lebih cekap dan berintegriti. Adalah tidak adil apabila rakyat membayar cukai dengan penuh tanggungjawab, tetapi dana awam terus dibazirkan tanpa pengurusan yang berhemah,” katanya.

Related Posts

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

SELARAS dengan keadaan semasa geopolitik dunia dan krisis di Asia Barat, Kerajaan MADANI berani mengambil pendekatan perlu dan kritikal iaitu menyelaraskan semula perbelanjaan kerajaan. Penyelarasan ini sebenarnya sederhana, tetapi sengaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

KUALA LUMPUR – Rata-rata peniaga dan penjaja di sekitar ibu negara kesal kerana perniagaan mereka terjejas susulan Himpunan 1 Mei yang diadakan, pada Sabtu. Ini kerana, kebiasaannya pada setiap hujung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy