Sebat patung menyerupai PMX satu penghinaan – Amanah Johor

JOHOR BAHRU- Parti Amanah Negara (Amanah) Johor menyifatkan, tindakan menyebat patung menyerupai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Himpunan Turun Anwar di Dataran Merdeka, Sabtu lalu adalah bentuk penghinaan terhadap sesama manusia.

Pengerusinya, Aminolhuda Hassan berkata, ini berikutan, pelakunya terdiri daripada individu beragama Islam yang pastinya mengetahui hukum membina patung apatah lagi bagi tujuan tontonan penghinaan.

“Dalam Islam, membina patung manusia adalah perkara yang ditegah, lebih-lebih lagi jika patung tersebut dijadikan objek penghinaan untuk disebat, dipukul dan dicaci secara terbuka.

“Ini adalah bentuk penghinaan simbolik yang bersifat kejam dan bertujuan menanam kebencian dalam masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aminolhuda yang juga Ahli Parlimen Seri Gading berkata, perbuatan itu menggambarkan kemerosotan moral dalam budaya politik negara dan tidak wajar berlaku dalam masyarakat yang bertamadun kerana ianya jelas melampaui batas adab serta nilai Islam.

Tegas beliau, pihak pembangkang langsung tidak menghargai ruang demokrasi diberikan oleh Perdana Menteri sendiri untuk berhimpun hari berkenaan, sebaliknya, menyalahgunakan kebebasan untuk menghasut dan mempermalukan pemimpin negara secara tidak bertamadun.

“Apakah dosa Datuk Seri Anwar sehingga dihina sebegitu rupa? Apakah beliau terlibat dalam tragedi berdarah seperti peristiwa Memali?

“Apakah beliau mencuri dana negara seperti kehilangan RM2.5 bilion di BMF Hong Kong pada era lampau? Jelas sekali, perbandingan ini jauh tersasar dan tidak berasas,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengakui teguran kepada pemimpin adalah hak rakyat, namun perlu disampaikan dengan adab, berteraskan fakta serta niat yang jujur dan bukan melalui simbol kebencian yang boleh menyemai permusuhan serta mendorong pelanggaran undang-undang.

“Kami berdiri teguh bersama Perdana Menteri dan menolak sekeras-kerasnya budaya politik tidak bermoral yang hanya meracuni pemikiran rakyat. Malaysia wajar menuju ke hadapan dengan politik nilai, bukan politik nista,” tegasnya.

Terdahulu, media melaporkan dua individu ditahan polis untuk siasatan bagi kes membawa dan menyebat patung mirip Perdana Menteri semasa Himpunan Turun Anwar.

Difahamkan, dua individu itu termasuk aktivis politik, Chegubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, penahanan dua lelaki berusia 21 dan 47 tahun itu dibuat pada Isnin.

Menurutnya, kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Jenayah Kecil 1955.

Related Posts

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

KUCHING – Sebanyak 10 tapak Bazar Ramadan akan beroperasi dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Padawan (MPP) bagi tahun 2026, melibatkan penyertaan penganjur daripada pihak komuniti dan sektor swasta. Pengerusi MPP,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

PAGI itu, seorang ibu berdiri di hadapan pintu sekolah rendah dengan tangan anaknya digenggam erat. Anak itu baru berusia 6 tahun. Wajahnya tidak gentar. Beg galasnya kemas, matanya bercahaya, dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi