Aktivis GSF dakwa dilayan ‘seperti binatang’

ISTANBUL – Aktivis antarabangsa yang tiba di Istanbul selepas diusir dari Israel berikutan tindakan tentera rejim itu memintas flotila mereka menuju ke Gaza, mendakwa mereka diperlakukan dengan ganas dan ‘seperti binatang’.

Global Sumud Flotila (GSF) berlayar bulan lalu dengan misi membawa bantuan ke Gaza yang musnah akibat peperangan, namun Israel menghalang kumpulan kapal itu dan menahan lebih 400 individu sebelum mula mengusir mereka pada Jumaat.

Daripada jumlah itu, seramai 137 aktivis dari 13 negara tiba di Istanbul pada Sabtu, termasuk 36 warga Turkiye.

Wartawan Itali, Lorenzo D’Agostino, yang menaiki flotila berkenaan bagi membuat liputan misinya, berkata mereka ‘diculik di perairan antarabangsa’ ketika berada 88 kilometer dari Gaza.

“Ia dua hari penuh derita yang kami lalui dalam penjara. Kami kini bebas hasil tekanan masyarakat antarabangsa yang menyokong Palestin,” katanya kepada Reuters.

Dia turut menekankan layanan terhadap aktivis iklim Sweden Greta Thunberg yang turut berada di atas flotila sama.

“Thunberg, seorang wanita yang berani, baru berusia 22 tahun. Dia dihina, dibalut dengan bendera Israel dan dipamerkan seperti trofi,” katanya.

Agostino menyifatkan ketibaan di Pelabuhan Ashdod sebagai penuh permusuhan, dengan kehadiran Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir.

“Ben-Gvir berada di luar tempat ketibaan di Pelabuhan Ashdod ketika kami tiba. Dia seolah-olah memastikan kami dilayan seperti pengganas kerana dia menganggap kami pengganas,” katanya.

“Jadi saya bernasib baik kerana dapat keluar sebelum Ben-Gvir tiba,” tambah Agostino.

Dia berkata, mata mereka ditutup, digari dengan ketat, pakaian tidak mencukupi serta dibiarkan dalam keadaan suhu sejuk beku di dalam van berhawa dingin selama berjam-jam.

Ahli majlis wilayah dari Lombardy, Itali, Paolo Romano, memberitahu AFP di Lapangan Terbang Istanbul bahawa mereka dipintas oleh sejumlah besar kapal tentera.

“Beberapa kapal turut diserang dengan meriam air. Semua kapal dirampas oleh pasukan bersenjata berat dan dibawa ke darat.

“Mereka memaksa kami berlutut sambil tunduk ke bawah. Jika kami bergerak, mereka memukul kami. Mereka ketawa, menghina dan memukul kami.

“Mereka menggunakan keganasan fizikal dan psikologi,” kata lelaki berusia 29 tahun itu.

Related Posts

Kapal tangki China tembus sekatan AS di Selat Hormuz

TEHERAN – Sebuah kapal tangki China yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, walaupun terdapat sekatan AS ke atas laluan sempit strategik itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran gagal capai kata sepakat selepas 21 jam rundingan

ISLAMABAD – Amerika Syarikat (AS) dan Iran gagal mencapai sebarang persetujuan selepas lebih 21 jam rundingan damai bersejarah yang berlangsung di Pakistan. Naib Presiden AS, JD Vance, berkata rundingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi