Rosol terima penggantungan Bersatu, namun persoal kredibiliti lembaga disiplin

HULU TERENGGANU – Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid mengesahkan beliau menerima surat penggantungan keahlian Bersatu selama dua penggal, sekali gus menamatkan spekulasi berhubung kedudukannya dalam parti itu.

Rosol berkata, pemakluman rasmi berhubung tindakan tersebut diterima menerusi surat daripada Pengerusi Lembaga Disiplin bertarikh 29 April yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp.

Menurutnya, meskipun menerima keputusan berkenaan, penghargaan terhadap perjuangan dan ruang yang pernah diberikan Bersatu sepanjang perjalanan politiknya tetap tidak berubah.

“Saya mengakui Bersatu telah banyak memberi peluang dan sumbangan dalam perjalanan politik saya, dan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta terima kasih atas perkara tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Bagaimanapun, Rosol secara terbuka melahirkan kebimbangan terhadap beberapa perkembangan mutakhir dalam parti yang disifatkan semakin menyimpang daripada asas perjuangan asal.

Beliau berkata, terdapat tindakan tertentu dalam parti yang pada pandangannya tidak lagi selari dengan prinsip perjuangan selain dilihat tidak konsisten dalam pelaksanaan.

Rosol turut menyentuh mengenai semangat Amar Makruf dan Nahi Mungkar yang menurutnya semakin terhakis dalam beberapa keadaan, walaupun ia sebelum ini sering dijadikan asas perjuangan parti.

Dalam masa sama, beliau membangkitkan persoalan terhadap ketelusan Lembaga Disiplin Bersatu yang didakwa memerlukan penambahbaikan dari sudut pemisahan fungsi siasatan, pendakwaan dan keputusan hukuman.

Menurutnya, keadaan itu menimbulkan persepsi bahawa entiti sama memainkan peranan menyiasat, membuat tuduhan, mendakwa dan menjatuhkan hukuman, sekali gus menjejaskan kredibiliti badan disiplin parti berkenaan.

“Lembaga Disiplin dilihat semakin hilang kredibiliti kerana entiti yang sama menyiasat, membuat tuduhan, mendakwa dan menjatuhkan hukuman,” katanya.

Walau bagaimanapun, Rosol memaklumkan beliau tidak bercadang mengemukakan sebarang rayuan terhadap keputusan penggantungan tersebut.

Kenyataan itu dijangka terus menghangatkan landskap politik dalaman Bersatu, khususnya di Terengganu, ketika perhatian kini tertumpu terhadap hala tuju beberapa pemimpin parti berkenaan menjelang perkembangan politik nasional seterusnya.

Related Posts

Kereta rempuh peserta maraton

KOTA KINABALU – Seorang peserta Borneo International Marathon berdepan detik cemas dirempuh sebuah kenderaan dalam kejadian langgar lari di Jalan UMS, awal pagi Ahad. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Yuneswaran tampil hulur bantuan, janji jaga Amirah seperti adik sendiri

SEGAMAT – Kisah pengorbanan seorang remaja perempuan yang sanggup mengetepikan cita-cita demi menjaga ibu dan nenek yang uzur akibat strok terus mendapat perhatian pelbagai pihak, termasuk Ahli Parlimen Segamat, R…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kereta rempuh peserta maraton

Kereta rempuh peserta maraton

Phoong Jin Zhe dilantik senator, 12 lain turut angkat sumpah di Dewan Negara

Phoong Jin Zhe dilantik senator, 12 lain turut angkat sumpah di Dewan Negara

Yuneswaran tampil hulur bantuan, janji jaga Amirah seperti adik sendiri

Yuneswaran tampil hulur bantuan, janji jaga Amirah seperti adik sendiri

Rosol terima penggantungan Bersatu, namun persoal kredibiliti lembaga disiplin

Rosol terima penggantungan Bersatu, namun persoal kredibiliti lembaga disiplin

Memahami polemik berpanjangan sambutan Hari Ibu

Memahami polemik berpanjangan sambutan Hari Ibu

Op Sapu: 44 pekerja pembinaan warga asing ditahan Imigresen Kedah

Op Sapu: 44 pekerja pembinaan warga asing ditahan Imigresen Kedah