AG perlu berdepan dengan ahli Parlimen, Kabinet secara berkala

PUTRAJAYA – Sudah tiba masanya untuk Peguam Negara (AG) berhadapan dengan wakil rakyat di Parlimen atau anggota Kabinet secara berkala susulan tindakan itu membuktikan akauntabiliti kepada rakyat.

Bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, keperluan untuk ia dilaksana memandangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berusaha sedaya mungkin untuk tidak masuk campur dalam bidang kuasa perundangan dan kehakiman.

“Adalah lebih baik sekiranya AG  mempunyai akauntabiliti di hadapan rakyat yang diwakili oleh ahli-ahli Parlimen.

“Banyak isu berkaitan keputusan dan pertuduhan yang tidak sabit, dilepaskan dan tidak kuat mutakhir ini di mana PMX (Anwar) dan kerajaan (Eksekutif) tidak mahu masuk campur dan bersikap lepas tangan.

“Mungkin telah sampai waktu untuk AG (Peguam Negara) berhadapan dengan wakil-wakil rakyat di Parlimen ataupun anggota Kabinet secara berkala,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sebagai perbandingan dengan negara Ireland, Scotland dan Wales, Maszlee menegaskan AG di negara berkenaan merupakan ahli Parlimen yang tidak diundi melalui pilihan raya dan tidak boleh mengundi, tetapi terikat dengan beberapa tatacara dan kod ahli Parlimen.

Katanya, di United Kingdom (UK) pula, AG adalah kuorom hadir Kabinet walaupun bukan anggota Kabinet.

“Contoh ini semua boleh dijadikan panduan perundangan awalan (stare decisis) jika kita ingin memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam sistem perundangan.

“Saya bukanlah pakar dalam bidang perundangan, namun cadangan Datuk Zaid (bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Zaid Ibrahim) ini wajar diberikan perhatian dan dibincangkan oleh pakar (dan bukan palatao dan cytros),” katanya.

Terdahulu, Mohd Zaid mencadangkan kerajaan mengambil langkah untuk mengelakkan kejadian terburu-buru dalam pendakwaan kes-kes politik selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dengan melantik AG yang juga Pendakwa Raya dalam kalangan ahli Parlimen seperti dilakukan di England.

Related Posts

Isu 3R wajar di bawah Akta Hasutan, bukan medan kritik politik – Fahmi

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi , Datuk Fahmi Fadzil menegaskan Akta Hasutan masih diperlukan khususnya dalam kes melibatkan isu kaum, agama dan institusi diraja (3R), namun tidak wajar disalahgunakan terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pendekatan bersasar tangani isu subsidi, ekonomi kekal terkawal – Fahmi

KUALA LUMPUR – Pendekatan kerajaan dalam menangani isu subsidi pada masa ini adalah lebih bersasar dan tidak dilaksanakan secara menyeluruh, bagi memastikan kestabilan ekonomi negara terus terpelihara, kata Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis

Rafizi Ramli hadir ke SPRM, siasatan pelaburan RM1.1 bilion diteruskan

Rafizi Ramli hadir ke SPRM, siasatan pelaburan RM1.1 bilion diteruskan

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi

DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi

Penganggur mengaku tidak bersalah miliki diesel tanpa lesen

Penganggur mengaku tidak bersalah miliki diesel tanpa lesen

DBKK-MYSA meterai MoU, pacu bandaraya berteraskan data

DBKK-MYSA meterai MoU, pacu bandaraya berteraskan data