Ada keperluan UMNO keluar kerajaan, namun tidak guna pintu belakang

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO menegaskan tidak berhasrat melakukan rampasan kuasa dalam Kerajaan Perpaduan sebaliknya menggesa parti itu keluar dan menjadi pembangkang berwibawa.

Ketuanya, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh menegaskan beliau menolak tindakan rampasan kuasa, sebaliknya menegaskan kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap kekal walaupun UMNO keluar daripada kerajaan.

“Hari ini keadaan sudah jauh berbeza. UMNO ada 26 kerusi (Parlimen), kerajaan ada 152-153 kerusi. Kalau UMNO tak ada pun Kerajaan (Perpaduan) masih (ada) lagi. Kamu pimpin, tadbir… biar UMNO menjadi pembangkang.

“Kita bukan nak rampas kuasa melalui pintu belakang, biarlah kamu pimpin negara ini, jadi kita (UMNO) kuatkan parti untuk Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Kita akan rampas kembali kerajaan ini,” katanya ketika menyampaikan ucaptama di Konvensyen Khas ‘Hala Tuju UMNO: Kekal Atau Keluar Daripada Kerajaan Perpaduan’, pada Sabtu.

Kerajaan Perpaduan terdiri daripada tujuh parti utama, iaitu Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Warisan (WARISAN), Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM).

Secara keseluruhan, sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan merangkumi kira-kira 148 hingga 150 Ahli Parlimen, tidak termasuk Ahli Parlimen pembangkang yang secara terbuka menyatakan sokongan kepada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Gesaan Dr Akmal itu dibuat susulan dakwaan wujud kritikan membabitkan pemimpin parti dalam Kerajaan Perpaduan yang tidak menjaga sensitiviti terutama melibatkan isu agama, bangsa dan institusi raja-raja.

“Adakah kita UMNO perlu duduk dalam sebuah kerajaan yang gagal nak menghormati maruah orang Melayu-Islam,” soal Akmal.

Beliau turut menegaskan cadangan tersebut akan dibawa ke mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi dan Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung pada 14 Januari depan.

Pada masa sama, Dr Akmal turut mengulangi gesaan agar wujud sebuah permuafakatan antara UMNO dan Pas sebagai langkah menyatukan orang Melayu.

“Saya menyeru penyatuan orang-orang Melayu mestilah dimulakan oleh dua parti terbesar orang Melayu sebab kalau parti kecil campur besar tak jadi, orang Melayu akan tetap berpecah, UMNO dan Pas mesti menjadi pelopor penyatuan Melayu,” katanya.

Minggu lalu, Dr Akmal dan pemimpin Pas saling bertukar kenyataan di media sosial mengenai pembentukan Muafakat Nasional 2.0 namun tidak ada sebarang pertemuan secara rasmi dilakukan oleh kedua-dua pihak setakat ini.

Related Posts

Analisis tidak adil beri imej kurang tepat pencapaian sebenar kerajaan Pahang

KUANTAN – Pemuda UMNO Pahang menyelar tindakan segelintir pihak yang cuba menggugat kestabilan negeri ini dengan menyebarkan naratif negatif dan menggunakan medium fitnah demi kepentingan politik sempit. Ketuanya, Mohd Kamil…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN Negeri Sembilan komited kekal bersama Kerajaan Perpaduan

PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menegaskan komitmen untuk terus bersama Kerajaan Perpaduan apabila kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu sepakat mengekalkan sokongan demi menjamin kestabilan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy