Acara seni awam penting, tingkatkan kehidupan budaya

KOTA KINABALU – Acara seni yang dipamerkan secara terbuka kepada awam mampu memainkan peranan penting bagi meningkatkan kehidupan budaya melangkaui kemakmuran ekonomi.

Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pelancongan Sabah, Thonny Chee berkata, beliau percaya sebagai penyokong pelancongan perlu membangunkan lebih banyak seni pemasangan tiga dimensi kekal di sekitar bandar ini yang pasti membawa peningkatan pelancongan, kualiti hidup, masyarakat yang terdidik yang harus diilhamkan dan dirangsangkan secara kreatif.

“Bandar kita sememangnya terkenal dengan muralnya tetapi perlu lebih banyak arca dan pemasangan seni yang memperkayakan lagi strategi pembangunan pelancongan kita.

“Saya berharap ahli jawatankuasa teras akan terus mempromosikan Sabah sebagai hub eko-seni Borneo, memperkukuh kesedaran tentang isu alam sekitar melalui seni sambil menyemai pemahaman dan penghayatan seni visual lebih mendalam kepada semua orang,” katanya sempena Majlis Perasmian Program ‘The 11th Installation of Art’ di Pantai Tanjung Aru 2, di sini, pada Jumaat.

Tambahnya, melalui acara itu para pengkarya kini berpeluang mempamerkan hasil seni pemasangan tiga dimensi dan ‘eco-skulptur’ yang membawa makna memperjuangkan kelestarian, diadakan tiga hari bermula 20 sehingga 22 September ini.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar orang ramai hadir memeriahkan dan menyertai festival serta menikmati suasana yang disediakan.

“Saya menjemput semua peserta dan orang ramai melibatkan diri dalam tema alam sekitar melalui acara ini serta komited untuk menjadi lebih mesra alam dan mampan dalam pilihan kami.

“Mari kita nikmati paparan seni pemasangan dengan pemandangan indah Laut China Selatan, serta acara menarik Festival Pantai Tanjung Aru,” katanya.

Antara karya menarik dipamerkan sepanjang festival berkenaaan termasuk Drako-Kun, The Dragon Boy oleh Mansons; Bee-Loved Eco-system oleh KKMS Arts Club; Pillow Bows on Nature’s gift of tress oleh Kumpulan Eco Geeks; Balancing Bouquets oleh Singapore Connection (Lesley, Kyara dan UK family); Busket for Life oleh Kumpulan Seni Camp Borneo Green; Reflection oleh Eco Heart; Connection oleh Art by Dion dan The Art Basket oleh IABTBKK’s.

Semua hasil seni tersebut diperbuat daripada bahan buangan, boleh guna semula atau kitar semula antaranya besi buruk, plastik, kadbod, dahan pokok, daun serta kain yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang keperluan untuk kelestarian dalam persekitaran.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM