Dua lelaki hilang ketika mandi-manda ditemukan selamat

KOTA KINABALU – Dua lelaki yang dilaporkan hilang ketika beriadah mandi-manda di air terjun Kokol Hobbiton Rainforest, Menggatal, di sini, ditemukan selamat pada petang Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 5.10 petang.

Katanya, seramai 11 anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian kira-kira 11 kilometer dari balai itu sejurus selepas menerima laporan dua orang mangsa disedari tidak balik ke rumah.

“Seramai tujuh orang melakukan akitiviti beriadah mandi-manda di kawasan air terjun manakala lima lagi telah keluar dari kawasan sungai dan balik ke rumah.

“Pasukan penyelamat bergerak ke lokasi kejadian untuk mengambil maklumat seterusnya melakukan operasi pencarian,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, kedua-dua mangsa telah berjaya keluar sendiri dengan selamat pada pukul 6.08 petang dan dibawa ke tempat keluarga mangsa berada.

Katanya, kemudian operasi ditamatkan pada pukul 6.30 petang setelah dipastikan semuanya selamat.

  • Related Posts

    723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

    SIBU – Seramai 723 penerima bantuan bulanan beragama Islam ceria apabila menerima sumbangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Sumbangan tersebut disalurkan menerusi program Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri,…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

    KUANTAN – Kerajaan Pahang sedia membina Rumah Rakyat Pahang (RRP) untuk waris kepada lima sekeluarga yang maut dalam kebakaran di Ulu Dong, dekat Raub, hujung bulan lalu. Perkara itu diumumkan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

    • By Siti
    • March 10, 2026
    Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

    723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

    723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

    Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

    Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

    Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

    Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

    Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

    Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

    PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia

    PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia