Miri sasar jadi hab pelancongan serantau

MIRI – Kerajaan MADANI terus mempergiat usaha memperkukuh industri pelancongan di bandar raya ini menerusi pendekatan libat urus berterusan bersama pemain industri tempatan.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Chiew Choon Man berkata, input daripada pihak berkepentingan amat kritikal bagi memastikan pembangunan sektor itu lebih berkesan serta berdaya saing.

Menurutnya, selepas mendapatkan pandangan pengendali luar negara, fokus kini beralih kepada suara pengusaha pelancongan domestik.

“Satu sesi libat urus telah diadakan bersama agensi pelancongan inbound, pemandu pelancong serta penganjur acara di Miri pada 28 Mac lalu bagi membincangkan potensi sebenar kawasan ini,” katanya.

Choon Man yang juga Ahli Parlimen Miri menjelaskan, hasil perbincangan mendapati Miri memiliki kelebihan besar dalam segmen eko-pelancongan, aktiviti selam skuba dan sukan golf.

Jelas beliau, dua keutamaan telah dikenal pasti iaitu menaik taraf produk pelancongan sedia ada serta memperkukuh strategi promosi untuk menonjolkan keunikan Miri.

“Kita akan bantu sektor awam dan swasta membangunkan produk baharu selain meningkatkan kualiti produk sedia ada agar kekal relevan dengan kehendak pasaran antarabangsa,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan inisiatif rangkaian perniagaan (B2B) akan dilaksanakan bagi menghubungkan agensi pelancongan Sarawak dengan pengendali global.

Langkah itu katanya, bakal membuka peluang kerjasama luas dalam pembangunan pakej pelancongan yang lebih menarik dan kompetitif.

“Selain itu, penganjuran lebih banyak acara seperti festival dan konsert antarabangsa turut digalakkan bagi merancakkan lagi ekonomi sektor pelancongan di sini.

“Kita komited untuk memaksimumkan potensi Miri dan mengangkatnya sebagai destinasi pelancongan utama di peringkat serantau,” tegas beliau lagi.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16