Op Selamat 26: 255 anggota pantau 77 lokasi ‘hotspot’ dan ‘blackspot’ di Perak

POLIS Perak memperkukuh langkah keselamatan jalan raya dengan menggerakkan seramai 255 pegawai dan anggota bagi memantau 48 lokasi ‘hotspot’ serta 29 ‘blackspot’ di seluruh negeri sepanjang pelaksanaan Op Selamat 26 sempena musim perayaan Aidilfitri.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, operasi yang dikendalikan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak itu akan bermula Khamis hingga 24 Mac depan, selari dengan peningkatan ketara aliran trafik pulang ke kampung.

Menurutnya, Op Lancar turut dilaksanakan bagi mengawal kesesakan di laluan utama melalui dua fasa iaitu bermula 18 hingga 20 Mac, diikuti fasa kedua dari 27 hingga 29 Mac.

“Aliran trafik dijangka meningkat antara 18 hingga 20 Mac, iaitu dari Rabu hingga Jumaat, dengan pertambahan sehingga 30 peratus berbanding hari biasa,” katanya.

Beliau turut memaklumkan larangan pemanduan bagi kenderaan barangan akan dilaksanakan dalam dua tempoh, iaitu 19 hingga 20 Mac sebelum Aidilfitri dan 28 hingga 29 Mac selepas perayaan, khusus membabitkan kenderaan berat.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Op Selamat 26 sempena Hari Raya Aidilfitri 2026 Peringkat Negeri Perak di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Noor Hisam berkata, sebanyak 960 kemalangan direkodkan dalam Op Selamat 24 di Perak, termasuk 10 kes maut, sekali gus mendorong pihaknya menetapkan sasaran pengurangan kemalangan sekurang-kurangnya lima peratus bagi operasi kali ini.

Katanya, penguatkuasaan akan dipertingkat dengan memberi tumpuan kepada enam kesalahan utama, iaitu memandu melebihi had laju, menggunakan lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, memotong barisan, melanggar lampu isyarat serta menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

“Pendekatan ‘proactive services’ akan diterapkan melalui tindakan pencegahan awal, di samping ‘total enforcement’ bagi memastikan pematuhan undang-undang secara menyeluruh demi keselamatan pengguna jalan raya,” ujarnya.

Sehubungan itu, orang ramai disaran merancang perjalanan lebih awal, mendapatkan rehat secukupnya serta sentiasa mematuhi peraturan jalan raya.

“Pandu dengan berhemah, bertimbang rasa dan penuh kesabaran agar semua pengguna jalan raya dapat tiba di destinasi dengan selamat,” katanya.

Related Posts

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

KOTA KINABALU – Sebanyak RM6.62 bilion diperuntukkan bagi melaksanakan 416 projek penggantian penuh sekolah daif di Sabah sepanjang tempoh 2017 hingga 2026. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

LIMBANG – Seramai tujuh individu ditahan dalam operasi membanteras penyalahgunaan dan kegiatan pengedaran dadah menerusi Ops Tapis Khas yang dijalankan di sekitar daerah ini selama tiga hari bermula Isnin lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU