Rakyat Malaysia mula terjah ke Siam sempena cuti Aidilfitri

BUKIT KAYU HITAM – Sempadan Malaysia-Thailand di sini hari ini sesak dengan ribuan kenderaan rakyat Malaysia yang mahu bercuti di negara jiran itu sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.

Orang ramai tetap berpusu-pusu memasuki Thailand meskipun negara tersebut berdepan dengan catuan bekalan bahan api susulan konflik Asia Barat.

Pengerusi Suara Orang Changlun, Mohd. Zaidi Desa berkata, jumlah rakyat Malaysia yang menuju ke negara jiran menerusi Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam meningkat sejak semalam.

“Jumlahnya semakin bertambah hari ini dan keadaan di sempadan sejak pagi tadi sesak sebelum dilihat berkurangan pada tengah hari.

“Kenderaan beratur kira-kira dua kilometer dan biasanya mengambil masa tiga hingga empat jam untuk sampai ke negara jiran,” katanya .

Katanya, dia sendiri terpaksa menangguhkan hasrat untuk menghantar juadah raya ke rumah saudaranya di Sadao, Thailand berikutan kesesakan tersebut.

“Saya lihat ramai yang berhenti membeli insurans di kedai-kedai sekitar Changlun. Kebanyakan mereka adalah rakyat Malaysia bukan beragama Islam yang mengambil kesempatan melancong ke Thailand pada cuti raya ini,” ujarnya.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan rakyat Malaysia yang bercadang melancong ke Thailand agar menangguhkan perjalanan buat sementara waktu berikutan masalah bekalan minyak di sana.

“Salah seorang yang masuk ke Thailand hari ini ialah rakan saya dari Pulau Pinang yang mahu ke Phuket. Saya telah memaklumkan tentang kesukaran mendapatkan minyak di sana, namun dia tetap meneruskan perjalanan kerana sudah membuat tempahan termasuk hotel.

“Dia mahu mencuba juga dan akan mengisi minyak di sana walaupun ada kemungkinan terpaksa beratur panjang,” jelasnya.

Menurutnya, selain isu minyak, terdapat juga risiko lain seperti gangguan operasi kenderaan awam seperti tuk-tuk serta kemungkinan kenaikan harga barangan termasuk makanan.

Tambahnya, ada juga pelancong yang hanya ke Hatyai dan beranggapan minyak yang diisi di Malaysia mencukupi untuk perjalanan pergi dan balik.

Sementara itu, seorang aktivis, Abdul Halim Othman, 56, menasihatkan rakyat Malaysia supaya mengisi penuh tangki kenderaan sebelum melintasi sempadan.

“Jika sudah berada di Thailand, jangan tunggu lampu minyak menyala, sebaliknya isi minyak apabila tangki berbaki separuh. Selain itu, mereka juga perlu menyediakan bajet lebih serta menggunakan aplikasi peta untuk menyemak lokasi stesen minyak berhampiran,” katanya.

Beliau turut mengingatkan pelancong agar berwaspada dengan krisis minyak tersebut bagi mengelakkan risiko terkandas di negara jiran itu.

Kelmarin, Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi menasihatkan rakyat Malaysia supaya menangguhkan perjalanan ke Thailand susulan kekurangan bekalan petrol dan diesel di negara itu.

Jelasnya, keadaan itu bukan berpunca daripada kekurangan bekalan, sebaliknya disebabkan pembelian panik dalam kalangan rakyat Thailand susulan krisis di Asia Barat.

Related Posts

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

SARATOK – Seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun ditahan selepas dipercayai memiliki dadah jenis syabu dalam Op Tapis Khas di sekitar Kabong pada Isnin. Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintenden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

KUCHING – Kerajaan Selangor dan Sarawak sepakat menjalin kerjasama strategik bagi membangunkan sektor ekonomi kreatif, keusahawanan, dan pembangunan belia melangkaui perbezaan ideologi politik.   Persetujuan itu dicapai susulan kunjungan hormat Exco…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemelut PN: Wujud tekanan agar Bersatu keluar gabungan – Pemerhati politik

Kemelut PN: Wujud tekanan agar Bersatu keluar gabungan – Pemerhati politik

PRN Johor: Abdul Karim tegaskan kehadiran Tiong King Sing tiada kaitan dengan GPS

PRN Johor: Abdul Karim tegaskan kehadiran Tiong King Sing tiada kaitan dengan GPS

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak