Ops Perantau, Ops Sampah Pukal dipergiat menjelang Aidilfitri

KANGAR – Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Perlis mempergiat pelaksanaan Ops Perantau dan Ops Sampah Pukal sempena Aidilfitri bagi memastikan tahap kebersihan berada pada tahap optimum di seluruh negeri.

Pengarah SWCorp Negeri Perlis, Fadil Idris berkata, operasi itu bermula 7 Mac hingga 21 Mac melibatkan premis kediaman, kawasan tumpuan orang ramai serta tapak bazar Aidilfitri.

“Sepanjang Ops Perantau ini, pihak kami melaksanakan sesi libat urus bersama komuniti dengan memberi khidmat nasihat serta pemantauan berkaitan kepentingan menjaga kebersihan persekitaran.

“Tumpuan turut diberikan terhadap pematuhan peraturan pembuangan sampah kecil termasuk pengurusan sisa mercun, pembuangan sisa pukal serta pembersihan longkang,” katanya.

Menurut beliau, SWCorp turut melaksanakan Operasi Kutipan Sampah Pukal Mega Raya bermula 16 Mac hingga 21 Mac dari jam 8 pagi hingga 5 petang di seluruh negeri.

“Inisiatif ini memberi peluang kepada penduduk untuk melupuskan barangan bersaiz besar seperti perabot lama, tilam, pakaian terpakai dan pelbagai barangan isi rumah secara lebih mudah, teratur dan sistematik,” ujarnya.

Beliau berkata, penduduk dinasihatkan supaya meletakkan sisa pukal di hadapan kediaman berhampiran tong sampah tanpa menghalang laluan awam.

Tambahnya, penduduk juga perlu memastikan sisa pukal tidak dicampur dengan sisa domestik biasa serta mengelakkan pembuangan sampah secara tidak terkawal di kawasan awam.

“Sepanjang tempoh operasi, pihak konsesi akan meningkatkan kekerapan kutipan serta menggerakkan tenaga kerja dan logistik secara optimum bagi memastikan pengurusan sisa berjalan lancar.

“Kerjasama semua pihak amat penting bagi mewujudkan persekitaran yang bersih, ceria dan kondusif sempena sambutan Aidilfitri,” jelasnya lagi.

Pelaksanaan operasi itu dijalankan dengan kerjasama Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd dalam usaha memperkukuh budaya kebersihan serta menyokong aspirasi menjadikan Malaysia sebuah negara bersih, indah dan sejahtera.

Related Posts

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

KUDAT – Taman Tun Mustapha (TTM) kini berada di landasan penting untuk muncul antara kawasan perlindungan marin bertaraf dunia apabila berjaya memasuki fasa penilaian bagi pengiktirafan International Union for Conservation…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

KANGAR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perlis menahan dua lelaki warga Indonesia dipercayai tinggal melebihi tempoh dibenarkan di negara ini dalam satu operasi penguatkuasaan di sebuah tapak pembinaan rumah di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Ini bukan soal politik semata-mata

Ini bukan soal politik semata-mata

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi