Op Selamat 26 dilancar, tingkat keselamatan semasa perayaan

LIMBANG – Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Niot telah merasmikan pelancaran Op Selamat 26 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 dalam satu majlis yang berlangsung meriah pada Khamis.

Majlis tersebut diserikan dengan simbolik pengagihan cenderahati serta topi keledar kepada pengguna jalan raya sebagai inisiatif meningkatkan kempen kesedaran keselamatan lalu lintas.

Dalam ucapannya, Parum menegaskan kepentingan orang ramai untuk sentiasa mengutamakan keselamatan diri dan keluarga sepanjang berada di jalan raya, khususnya ketika aliran trafik dijangka meningkat pada musim perayaan ini.

“Perjalanan pulang ke kampung halaman seharusnya disulami dengan rasa tanggungjawab, bukan sekadar mengejar masa. Rancang perjalanan lebih awal dan pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik,” katanya.

Beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya agar tidak memandu dalam keadaan letih atau mengantuk, sentiasa mematuhi had laju yang ditetapkan, dan mengelakkan pemanduan berbahaya kerana kecuaian walau sesaat mampu mengundang tragedi yang tidak diingini.

Bagi penunggang motosikal, Parum memberi peringatan tegas agar tidak terlibat dalam aktiviti merempit atau lumba haram yang boleh membahayakan nyawa sendiri dan pengguna laluan yang lain. Tegasnya, pihak polis tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang jalan raya sepanjang tempoh Op Selamat 26.

Menyentuh mengenai keselamatan pengangkutan air, pengguna bot dan perahu turut diingatkan supaya sentiasa memakai jaket keselamatan, mengelakkan muatan berlebihan, serta peka terhadap keadaan cuaca sebelum memulakan perjalanan.

Selain aspek keselamatan di jalan raya dan air, orang ramai juga disaran memastikan kediaman yang ditinggalkan berada dalam keadaan selamat. Langkah ini boleh diambil dengan memaklumkan ketiadaan mereka kepada jiran atau pihak polis melalui program kempen balik kampung.

“Pandu cermat, jiwa selamat. Biarlah lambat, asalkan selamat,” pesannya mengakhiri ucapan.

Pelaksanaan Op Selamat 26 ini digerakkan bagi memastikan keselamatan pengguna sentiasa terpelihara, selaras dengan komitmen ‘Kehadiran JSPT Dirasai’ dan ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.

Related Posts

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

KUDAT – Taman Tun Mustapha (TTM) kini berada di landasan penting untuk muncul antara kawasan perlindungan marin bertaraf dunia apabila berjaya memasuki fasa penilaian bagi pengiktirafan International Union for Conservation…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

KANGAR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perlis menahan dua lelaki warga Indonesia dipercayai tinggal melebihi tempoh dibenarkan di negara ini dalam satu operasi penguatkuasaan di sebuah tapak pembinaan rumah di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Ini bukan soal politik semata-mata

Ini bukan soal politik semata-mata

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi