Usaha redakan isu kaum bukti semangat perpaduan rakyat, kata Anwar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik usaha perdamaian yang digerakkan wakil masyarakat Melayu dan India yang menggesa segala isu perkauman membabitkan kedua-dua kaum itu dinoktahkan segera.

Beliau berkata, usaha berkenaan mencerminkan semangat perpaduan rakyat dalam memilih jalan damai, sekali gus menolak perpecahan serta mengangkat nilai saling menghormati dalam kalangan masyarakat majmuk.

“Saya menyambut baik ikhtiar perdamaian oleh badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili badan Islam dan Hindu sekali gus menjadi suatu cerminan tahap kematangan rakyat dalam memilih jalan damai, menolak perpecahan dan mengangkat semangat saling menghormati.

“Inilah roh dan jiwa sebenar Malaysia, sebuah negara yang teguh berdiri atas nilai ihsan, kebersamaan dan hormat antara kaum.
“Kebersamaan ini mesti terus kita pelihara dan rangkul sebagai asas kekuatan negara,” katanya menerusi kenyataan di platform rasminya hari ini.

Pada masa sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk pasukan keselamatan yang memainkan peranan dalam memastikan keamanan negara terus terpelihara.

“Salut saya kepada semua pihak termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjayakan usaha ini.

“Semoga ikhtiar ini terus menyatukan kita dan menjadi teladan dalam memperkukuh perpaduan nasional,” katanya.

Semalam, beberapa wakil masyarakat Melayu dan India turut menggesa agar semua isu perkauman membabitkan kedua-dua komuniti berkenaan ditamatkan segera melalui pendekatan perdamaian yang menyeluruh.

Menerusi satu sesi dialog yang membabitkan beberapa pertubuhan masyarakat, mereka turut mencapai kata sepakat bahawa rundingan perlu dijadikan jalan utama bagi mencari titik persamaan dalam menyelesaikan sebarang isu yang timbul.

Related Posts

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

KUALA LUMPUR – Wanita PKR mendesak enam ahli Parlimen parti itu menghentikan segera sebarang gerakan politik yang disifatkan sebagai ‘bermain dua kolam’ atau berdepan tindakan disiplin tegas. Dalam kenyataan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Ini bukan soal politik semata-mata

Ini bukan soal politik semata-mata

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi