TH kekalkan kos haji 1447H RM33,300 meski harga minyak tidak menentu

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) mengesahkan kos menunaikan ibadah haji bagi musim 1447 Hijrah kekal pada kadar RM33,300 walaupun terdapat ketidaktentuan harga minyak akibat konflik di Asia Barat.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rashid Hussain, memaklumkan bahawa jaminan tersebut dibuat kerana perjanjian sedia ada telah mengambil kira kemungkinan peningkatan harga minyak.

Beliau berkata, kerangka perjanjian berkenaan membolehkan sebarang perubahan kos diuruskan berdasarkan persetujuan bersama antara pihak terlibat.

“Bagaimanapun, sekiranya konflik di Asia Barat berlarutan dalam tempoh panjang dan memberi kesan kepada harga minyak, kos haji pada masa hadapan mungkin akan disemak semula.

“Pun begitu untuk tahun 1447H, kos haji kekal RM33,300 dan TH akan menyerap sebarang kenaikan kos yang terlibat,” katanya lapor BH.

Beliau berkata demikian pada majlis pengumuman agihan keuntungan TH 2025 di sini, hari ini.

Majlis tersebut turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, serta Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad.

Related Posts

Pengesahan umur akaun media sosial lindungi keselamatan anak muda – PPIM

PUTRAJAYA – Langkah pelaksanaan syarat pengesahan umur bagi pembukaan akaun media sosial disifatkan langkah penting dalam memperkukuh keselamatan pengguna digital, khususnya golongan muda. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memaklumkan, tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Acuan Imigresen dalam dedahkan kesalahan pegawai perlu dicontohi agensi kerajaan

PUTRAJAYA – Semua jabatan dan agensi kerajaan disarankan mencontohi acuan serta langkah Jabatan Imigresen (Imigresen) yang mendedahkan secara terbuka tindakan pemecatan terhadap 77 pegawainya sejak 2022. Ahli Institut Integriti Malaysia,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow

Speaker serah surat pembubaran DUN Johor kepada SPR

Speaker serah surat pembubaran DUN Johor kepada SPR

Ketua Geng Rames dihadap ke mahkamah

Ketua Geng Rames dihadap ke mahkamah