Lelaki maut dilanggar lari ketika bantu rakan isi minyak

GERIK – Niat murni seorang lelaki membantu rakannya yang kehabisan minyak bertukar tragedi apabila dia maut selepas dilanggar sebuah kereta dalam kejadian langgar lari di Kilometer 2.6 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik–Jeli, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad Othman berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.15 petang ketika mangsa datang ke lokasi dengan menunggang motosikal bagi menghantar minyak kepada rakannya.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Proton Saga yang dipandu lelaki berusia 21 tahun sebelum itu kehabisan minyak dan berhenti di bahu jalan sebelum menghubungi mangsa untuk mendapatkan bantuan.

“Mangsa kemudian tiba di lokasi dan ketika mereka sedang mengisi minyak di bahagian kanan kenderaan tersebut, sebuah kereta tidak dikenali berwarna putih yang datang dari arah Jeli menuju ke Gerik tiba-tiba melanggar mereka.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa yang juga berusia 21 tahun mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Gerik untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada jam 10.50 malam ketika menerima rawatan di hospital.

Tambahnya, pemandu Proton Saga terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik di talian 05-7912222 bagi membantu siasatan,” katanya.

Related Posts

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

PAPAR – Sebanyak 90 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan ini, bagi menyediakan habitat hidupan laut dan mewujudkan kawasan tangkapan yang lebih produktif untuk nelayan setempat. Ahli Parlimen Papar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

KOTA KINABALU – Cement Industries Sabah (CIS) digesa menetapkan garis masa yang jelas bagi memulihkan bekalan simen di seluruh Sabah susulan kekurangan bahan itu yang terus menjejaskan projek pembinaan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar