Jurutera, rakan dicekup bawa 10 senjata api tiruan

JITRA – Tindakan seorang jurutera kilang dan rakannya menyeludup 10 senjata api tiruan yang disyaki dibeli di Hatyai, Thailand membawa padah apabila mereka dicekup di kawasan sempadan di Bukit Kayu Hitam dekat sini Sabtu lalu.

Dua suspek berusia 27 dan 21 tahun yang menaiki Perodua Myvi itu ditahan sepasukan polis dalam satu sekatan jalan raya di laluan masuk ke Malaysia kira-kira pukul 6 petang.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd. Radzi Abdul Rahim berkata, hasil pemeriksaan menemukan satu laras senapang tiruan jenis Carbine model M4A1 bersama kelopak di bawah kerusi pemandu dan ditutup dengan baju.

Katanya, pemeriksaan lanjut menjumpai satu lagi senapang tiruan model N4 bersama kelopak di bawah kerusi penumpang.

“Pemeriksaan di bonet belakang kereta tersebut menemui lapan kotak mengandungi pistol tiruan bersama kelopak. Turut ditemui tiga kotak kelopak model M4A1, satu kotak kelopak AAP-01, beberapa bungkusan peluru manik dan 10 botol gas,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu di sini hari ini.

Kata beliau, siasatan awal percaya jurutera sebuah kilang di Pulau Pinang yang disyaki suspek utama kes itu membawa rakannya yang bekerja sebagai penghantar makanan ke Hatyai untuk membeli senjata api tiruan tersebut.

“Mereka masuk ke negara jiran sehari sebelum itu dan pulang ke Malaysia selepas urusan pembelian 10 senjata api tiruan bersama kelopak, peluru manik dan gas dengan kos pembelian dianggarkan RM6,500 selesai.

“Kita percaya ini adalah cubaan pertama suspek menyeludup senjata api tiruan itu dengan dia dikatakan sudah mempunyai beberapa pembeli. Jika dia berjaya menjualnya menerusi satu kumpulan telegram, dia dikatakan mampu memperoleh keuntungan kira-kira RM2,000,” ujarnya.

Menurutnya, suspek sebelum itu didakwa menawarkan diri untuk masuk ke Hatyai bagi membuat urusan pembelian senjata api tiruan berkenaan sebelum dijual kepada ahli-ahli kumpulan Telegram berkenaan yang mempunyai 25 orang.

Tambahnya, beliau percaya ramai yang memiliki senjata api tiruan atas alasan hobi, sekadar suka-suka atau untuk menembak cicak, namun ia merupakan satu kesalahan serius.

“Senjata tiruan ini juga dikhuatiri boleh disalah guna untuk jenayah seperti samun dan rompakan bersenjata kerana ia hampir 90 peratus sama dengan senjata asli. Penggunaan senjata tiruan ini walaupun menggunakan peluru putih, ia tetap boleh mencederakan jika terkena pada mata,” katanya.

Kedua-dua suspek direman selama tiga hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960.

Related Posts

Media terus jadi rakan strategik sebar aspirasi SMJ 2.0

KOTA KINABALU – Pengamal media di Sabah diharap terus menjadi rakan strategik kerajaan dalam menyampaikan maklumat tepat kepada rakyat, khususnya berkaitan pelaksanaan inisiatif Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0. Pengerusi Sekretariat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RTB perlu segera, diperbanyak tangani banjir berulang

TAWAU – Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di daerah ini perlu disegerakan dan diperbanyakkan bagi menangani isu banjir berulang yang semakin membimbangkan khususnya di beberapa kawasan berisiko. Ahli Parlimen Kalabakan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Media terus jadi rakan strategik sebar aspirasi SMJ 2.0

Media terus jadi rakan strategik sebar aspirasi SMJ 2.0

PRN Negeri Sembilan: 14 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka

PRN Negeri Sembilan: 14 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka

Bersatu bakal digugurkan, serah kepada Majlis Tertinggi PN – Samsuri

Bersatu bakal digugurkan, serah kepada Majlis Tertinggi PN – Samsuri

Pas ubah naratif demi politik? Kritikan Zuliadin cetus persoalan tentang konsistensi perjuangan

Pas ubah naratif demi politik? Kritikan Zuliadin cetus persoalan tentang konsistensi perjuangan

RTB perlu segera, diperbanyak tangani banjir berulang

RTB perlu segera, diperbanyak tangani banjir berulang

Isu elektrik, telekomunikasi Orang Asli jadi keutamaan calon PH Pertang

Isu elektrik, telekomunikasi Orang Asli jadi keutamaan calon PH Pertang