Gelora Asia Barat dan kesediaan MADANI hadapi krisis

KETEGANGAN geopolitik di Asia Barat, sedang menekan ekonomi tenaga global kerana nadi utama penghubung bekalan minyak (1/5 minyak dunia) melalui Selat Hormuz (kawasan konflik).

Maka bersesuaian dengan hukum trajektori ekonomi, ketegangan di laluan tersebut bersamaan dengan kenaikan harga minyak dan gangguan rantaian bekalan dunia.

Apa kesannya kepada Malaysia? Malaysia kan negara pengeluar minyak.

Walaupun Malaysia mempunyai sumber petroleum sendiri, tidak ramai yang mengetahui bahawa dalam masa yang sama Malaysia juga membeli minyak daripada negara lain.

Bagi sesetengah pihak, ini pelik. Ada minyak tapi perlu mengimport minyak?

Sebenarnya, minyak yang dihasilkan Malaysia kebanyakannya berada dalam kategori minyak mentah berkualiti tinggi atau ‘premium crude’.

Minyak jenis ini bernilai tinggi dalam industri bahan api kapal terbang, industri berat, bahan api kapal laut serta industri petrokimia termasuk pembuatan plastik dan bahan kimia.

Senang cerita, minyak ini bukan minyak yang sesuai untuk kereta yang kita guna hari-hari.

Pengeksportan minyak jenis ini pula tidak bergantung sepenuhnya kepada Selat Hormuz.

Dah mula nampak gambaran sebenar?

Jadi pendapatan negara kita tidak terkesan? Eh, salah tu.

Memang benar apabila harga minyak dunia naik, hasil eksport petroleum negara juga meningkat. Tetapi pada masa yang sama Malaysia juga terpaksa membeli minyak import pada harga lebih mahal (naik berkali-kali ganda).

Negara-negara pembeli minyak Malaysia pula akan mengurangkan jumlah pembelian kerana kos tenaga yang terlalu tinggi.

Dah faham kan? Jadi apa tindakan Malaysia? Negara kita di bawah Kerajaan MADANI sudah bersedia?

Melalui mekanisme BUDI95, harga petrol RON95 bagi rakyat Malaysia masih dikawal pada sekitar RM1.99 seliter walaupun harga minyak dunia naik. Ini sekaliguskan memberi kestabilan terhadap harga barangan harian yang terkait dengan kos logistik.

Itu sahaja ? Eh tak lah.

Ada beberapa langkah kesiapsiagaan yang telah dirangka oleh Kerajaan MADANI bagi menghadapi krisis ketidaktentuan global ini. Antaranya ialah:

i. Pemantauan Harian
Sebuah Jawatankuasa khas Kabinet diketuai Kementerian Kewangan ditugaskan untuk memantau ekonomi setiap hari tanpa gagal.

ii. Pengukuhan Ekonomi
KDNK negara diunjurkan berada pada paras 4.0–4.5%, defisit fiskal 3.5% manakala pula OPR 2.75%. Malaysia masih mencatatkan lebihan dagangan dalam sektor minyak & gas.

iii. Perbelanjaan Berhemah
PMX telah memutuskan untuk:
a) Menghadkan perjalanan luar negara bagi semua kementerian jika tiada keperluan kritikal,
b) Tidak mengadakan rumah terbuka Hari Raya juga bagi semua kementerian & GLC.
c) Penjimatan tenaga sektor awam.

iv. Perdagangan & Tenaga Dipelbagaikan
a) Kerajaan akan mempelbagaikan pasaran eksport bagi sektos minyak & gas
b) Mengukuhkan kerjasama ASEAN dalam peralihan tenaga.
c) Memperluas tenaga boleh baharu & biofuel bagi menjimatkan sumber sedia ada.

Hakikatnya, krisis di Asia Barat mengingatkan dunia bahawa ekonomi moden saling bergantung antara satu sama lain walaupun konflik yang berlaku ribuan kilometer jauhnya.

Jadi apa yang kita sebagai rakyat perlu lakukan?

Senang, amalkan kaedah penjimatan dan sokong langkah-langkah strategik yang diambil oleh negara ketika ini. Tak semua benda perlu dipolitikkan.

*Suwadi Guliling ialah Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM)

Related Posts

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

KUALA LUMPUR – Semua pihak termasuk ahli politik perlu menghayati dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mengingatkan rakyat mengenai kepentingan mengamalkan semangat serta nilai Rukun Negara dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

KUALA LUMPUR – Semua platform media sosial yang beroperasi di Malaysia diwajibkan menghormati dan mematuhi undang-undang negara, khususnya yang melibatkan aspek keselamatan serta perlindungan kanak-kanak dalam persekitaran digital. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

Pembubaran DUN Johor sudah dijangka, PH perkukuh persiapan PRN

Pembubaran DUN Johor sudah dijangka, PH perkukuh persiapan PRN

Anwar junjung kasih kebijaksanaan Agong, tegaskan komitmen perkukuh demokrasi

Anwar junjung kasih kebijaksanaan Agong, tegaskan komitmen perkukuh demokrasi

Media sosial wajib sahkan umur, pengguna bawah 16 tahun berdepan sekatan – MCMC

Media sosial wajib sahkan umur, pengguna bawah 16 tahun berdepan sekatan – MCMC