Budaya ilmu penting untuk bina tamadun

TEMERLOH – Kumpulan penulis, ilmuwan dan tokoh budayawan Pahang diraikan dalam satu majlis berbuka puasa anjuran Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) di Temerloh, malam tadi.

Majlis itu bukan hanya untuk berkumpul dan berbuka puasa, tapi menjadi platform pertemuan penting dalam memperkukuh jati diri ummah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Lantikan) Pahang, Datuk Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qari berkata, menerusi majlis itu juga dapat membuka ruang pengisian ilmu.

“Seni dan budaya ini memainkan peranan penting dalam pembentukan jati diri serta tamadun.

“Selain kita berkumpul, berbuka puasa, dalam masa sama kita boleh berkongsi ilmu dan mengupas serba sedikit hal berkaitan adab bersajak dalam persuratan Melayu,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Beliau mewakili Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Mempertahankan kedaulatan bangsa

Ahmad Irshadi turut menekankan kepentingan masyarakat Melayu untuk terus mempertahankan kedaulatan bahasa dan kebudayaan bangsa agar tidak ditelan zaman.

“Inisiatif sebegini amat bertepatan dalam membina generasi yang bukan sahaja celik ilmu, bahkan memiliki jiwa yang halus, beradab, dan berakhlak tinggi,” ujarnya.

Dalam majlis itu, Malam Nur Ramadan yang menjadi simbolik kepada kesungguhan DPMP dalam memartabatkan warisan persuratan Melayu berpaksikan nilai-nilai Islam turut dilancarkan.

Antara intipati penting dibangkitkan dalam majlis tersebut adalah rayuan para peserta agar nilai sejarah di Temerloh terus dipelihara.

Pihak DPMP menyasarkan untuk membawa usul kepada Kerajaan Pahang bagi memulihkan semula Rumah Pak Sako.

“Langkah memulihara rumah sasterawan negara itu dianggap kritikal memandangkan Temerloh adalah lokasi bermulanya sejarah perjuangan sasterawan besar tersebut.

“Selain itu, ia juga boleh menjadi tapak atau lokasi bersejarah agar jasa dan sumbangan beliau dikenali oleh anak muda masa kini,” kata kenyataan DPMP.

Related Posts

28 warga asing direman bantu siasatan tipu pelaburan saham

TAWAU – Seramai 28 warga asing termasuk dua wanita direman sehingga Isnin hadapan oleh Mahkamah Majistret pada Khamis bagi membantu siasatan berhubung sindiket penipuan pelaburan saham dalam talian. Perintah reman…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis bongkar inap desa jadi sarang PATI

ARAU – Polis membongkar kegiatan sebuah inap desa di Jalan Padang Nyu di sini yang dipercayai dijadikan lokasi perlindungan pendatang asing tanpa izin (PATI) etnik Rohingya dalam serbuan Ops Pintas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

28 warga asing direman bantu siasatan tipu pelaburan saham

28 warga asing direman bantu siasatan tipu pelaburan saham

Polis bongkar inap desa jadi sarang PATI

Polis bongkar inap desa jadi sarang PATI

Sindiket dadah RM16.34 juta tumpas, guna kenderaan terpakai elak dikesan

Sindiket dadah RM16.34 juta tumpas, guna kenderaan terpakai elak dikesan

PH dilihat miliki kelebihan sokongan lebih menyeluruh di Negeri Sembilan

PH dilihat miliki kelebihan sokongan lebih menyeluruh di Negeri Sembilan

USNO terus bergolak, Naib Presiden letak jawatan

USNO terus bergolak, Naib Presiden letak jawatan

Guru Sabah harumkan nama negara di pentas antarabangsa

Guru Sabah harumkan nama negara di pentas antarabangsa