KPDN Perak tingkat pemantauan stesen minyak di sempadan bagi bendung ketirisan bahan api

IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak memperhebat pemantauan di stesen minyak khususnya di kawasan sempadan negeri bagi mengelakkan ketirisan bahan api berikutan perbezaan harga dengan negara jiran.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, antara kawasan yang diberi perhatian ialah Pengkalan Hulu yang bersempadan dengan Betong, Thailand dengan kawalan dan pemeriksaan dijalankan secara berterusan.

Menurutnya, penguat kuasa kementerian melakukan pemeriksaan selama 24 jam di kawasan tersebut selain memperluas pemantauan di stesen minyak di seluruh negeri.

“Kita memperketat pemeriksaan di kawasan sempadan Pengkalan Hulu kerana terdapat perbezaan harga bahan api dengan negara jiran.

“Selain pasukan berpakaian seragam, anggota berpakaian biasa turut ditempatkan di stesen minyak bagi memantau sebarang aktiviti mencurigakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena sesi walkabout Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2026 dan Jualan Rahmah MADANI Aidilfitri di pekarangan Foyer Blok B, Bangunan Persekutuan Greentown, di sini pada Isnin.

Kamalludin berkata, tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang didapati cuba menyeleweng bahan api memandangkan jurang harga antara Malaysia dan negara jiran boleh mendorong aktiviti tersebut.

“Perbezaan harga bahan api dengan Thailand dan Singapura sekitar 80 sen. Jika ada pihak cuba mengambil kesempatan melakukan ketirisan, kita akan ambil tindakan tanpa kompromi,” ujarnya.

Pada masa sama, KPDN turut memperketat penguatkuasaan subsidi petrol RON95 menerusi inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) di seluruh negara menggunakan pendekatan penguatkuasaan berasaskan risikan bagi memastikan subsidi tersebut tidak disalah guna.

Terdahulu, Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam dilaporkan berkata langkah berkenaan diambil bagi memastikan pelaksanaan BUDI95 berjalan lancar serta mengelakkan ketirisan subsidi, lebih-lebih lagi ketika harga minyak global meningkat susulan ketegangan konflik di Asia Barat.

Related Posts

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

PUSA – Kerja pembinaan dewan serbaguna di Sekolah Kebangsaan (SK) Beladin  terpaksa dihentikan serta-merta susulan penemuan pelepasan gas misteri dari bawah tanah di tapak projek tersebut. Kejadian itu mula disedari pada jam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket sarang burung walit RM81.8 juta tumpas di Sarawak

KUCHING – Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) berjaya menumpaskan sindiket pemprosesan sarang burung walit haram di Sarawak dengan nilai rampasan mencecah RM81.8 juta. Pengarahnya, CP Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

Sindiket sarang burung walit RM81.8 juta tumpas di Sarawak

Sindiket sarang burung walit RM81.8 juta tumpas di Sarawak

Polis Johor siap siaga pastikan kelancaran pengundian awal PRN Johor, esok

  • By Aden
  • July 6, 2026
Polis Johor siap siaga pastikan kelancaran pengundian awal PRN Johor, esok

Norway hantar Brazil balik hasil 2 gol Haaland

Norway hantar Brazil balik hasil 2 gol Haaland

Demi undi Melayu, Onn Hafiz sanggup tunggang naratif tidak mahu duduk semeja dengan DAP

Demi undi Melayu, Onn Hafiz sanggup tunggang naratif tidak mahu duduk semeja dengan DAP

Anak perantau Johor diseru balik mengundi – PMX

Anak perantau Johor diseru balik mengundi – PMX