Jangan leka, pastikan rumah selamat sebelum pulang beraya

MUKAH – Orang ramai dinasihatkan supaya mengambil langkah keselamatan sewajarnya sebelum meninggalkan kediaman masing-masing untuk pulang ke kampung halaman sempena cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, aspek keselamatan itu amat penting untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku sepanjang tempoh rumah ditinggalkan kosong.

Menurutnya, antara langkah asas yang wajib dititikberatkan ialah memastikan semua pintu dan tingkap dikunci dengan rapi, selain menutup suis utama bekalan elektrik serta injap tong gas.

“Pastikan rumah berada dalam keadaan betul-betul selamat sebelum meninggalkannya. Tindakan menutup bekalan elektrik dan gas yang tidak digunakan ini nampak remeh, namun ia penting bagi mengelakkan sebarang risiko yang tidak diingini,” katanya ketika ditemui oleh wartawan The Malaysia Press baru-baru ini. 

Dalam pada itu, Royston turut menegaskan tentang kepentingan peranan komuniti dan semangat kejiranan dalam menjaga keselamatan kawasan perumahan setempat pada musim perayaan.

Ujarnya, jiran tetangga yang tidak pulang ke kampung diharap dapat saling membantu memantau keadaan sekeliling bagi memastikan kawasan kediaman sentiasa terpelihara daripada ancaman jenayah pecah rumah.

Menyentuh mengenai keselamatan di jalan raya pula, beliau menasihatkan perantau supaya sentiasa mengutamakan pemanduan berhemah berikutan pertambahan jumlah kenderaan.

“Pandulah dengan cermat dan pastikan kenderaan diservis terlebih dahulu. Paling penting, dapatkan rehat yang mencukupi sebelum memulakan pemanduan jarak jauh,” jelasnya lagi.

Beliau pada masa sama turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya umat Islam yang bakal merayakannya bersama keluarga dan insan tersayang.

Related Posts

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

KUDAT – Taman Tun Mustapha (TTM) kini berada di landasan penting untuk muncul antara kawasan perlindungan marin bertaraf dunia apabila berjaya memasuki fasa penilaian bagi pengiktirafan International Union for Conservation…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

KANGAR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perlis menahan dua lelaki warga Indonesia dipercayai tinggal melebihi tempoh dibenarkan di negara ini dalam satu operasi penguatkuasaan di sebuah tapak pembinaan rumah di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Ini bukan soal politik semata-mata

Ini bukan soal politik semata-mata

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi