MPS terus jalankan operasi tangani penjualan rokok tidak bercukai

SANDAKAN – Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) akan terus menjalankan operasi secara berterusan bagi memastikan kegiatan penjualan rokok tidak bercukai tidak berleluasa di kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT).

Presiden MPS, Walter Kenson berkata, tindakan itu selaras dengan arahan daripada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah (KKTP) yang meminta semua PBT memberi tumpuan dalam menangani serta mengekang penjualan rokok haram.

Dalam masa sama katanya, MPS akan bekerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi melaksanakan operasi bersepadu pada masa akan datang.

Mengulas mengenai insiden anggota penguat kuasa dipukul oleh penjual rokok tidak bercukai baru-baru ini, beliau berkata kes tersebut masih berada di peringkat siasatan oleh PDRM.

Menurutnya, setakat ini tiga individu dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan telah ditahan bagi membantu siasatan.

“Buat masa ini kes masih dalam siasatan PDRM dan individu yang dituduh masih berada dalam tahanan serta belum dibawa ke mahkamah.

“Dalam masa terdekat pihak polis dijangka membuat pengumuman rasmi berhubung kes itu termasuk memperincikan tindakan serta hukuman yang bakal dikenakan,” katanya ketika di temui media pada Majlis Iftar Ramadan MPS Bersama Rakan Media Sandakan, di Sabah Hotel, di sini, pada Sabtu.

Related Posts

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

PARIT YAANI – Exco Pemuda AMANAH, Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda menyifatkan kenyataan bekas pemimpin DAP, Tony Pua berhubung institusi Raja-Raja Melayu sebagai tindakan tidak wajar dan biadab. Menurut beliau, kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

PAYA RUMPUT – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyasarkan sebanyak 800 bilik darjah di seluruh negara akan ditransformasikan kepada ‘AI Powered Classroom’ menjelang akhir tahun 2027 sebagai usaha memperkukuh agenda transformasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

Sekolah Tinggi Segamat raih pengiktirafan seabad, lambang kecemerlangan pendidikan

Sekolah Tinggi Segamat raih pengiktirafan seabad, lambang kecemerlangan pendidikan

YDP MPK akui kelemahan diri, mohon maaf isu tular program rakyat

YDP MPK akui kelemahan diri, mohon maaf isu tular program rakyat