Konflik Asia Barat: Kesejahteraan rakyat perlu jadi keutamaan – MAPIM

PUTRAJAYA – Perbincangan mengenai subsidi bahan api perlu dilihat dalam kerangka yang lebih luas dan strategik susulan konflik di Asia Barat ketika ini.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, dalam keadaan dunia yang semakin tidak stabil, dasar yang melindungi kesejahteraan rakyat serta kestabilan ekonomi negara mesti terus menjadi keutamaan.

Menurutnya, negara juga perlu memperkukuh strategi jangka panjang seperti peningkatan kecekapan tenaga, pembangunan sumber tenaga alternatif dan pengukuhan sistem pengangkutan awam untuk mengurangkan kebergantungan kepada turun naik harga minyak dunia.

“Apabila harga minyak dunia meningkat, kos sebenar bahan api dalam negara turut meningkat dan kerajaan perlu menanggung subsidi yang besar bagi memastikan rakyat tidak menanggung sepenuhnya kesan kenaikan tersebut.

“Bagi tahun ini, perbelanjaan subsidi bahan api negara dianggarkan melebihi AS$2 bilion sebulan, bersamaan sekitar AS$24 bilion setahun, sekiranya harga minyak dunia kekal tinggi atau terus meningkat akibat konflik geopolitik yang berpanjangan.

“Jumlah ini menunjukkan komitmen besar kerajaan dalam memastikan harga bahan api domestik kekal stabil bagi melindungi rakyat daripada kejutan ekonomi global,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Ahad.

Mengulas lanjut, Mohd Azmi berpendapat, tanpa subsidi tenaga, kenaikan harga minyak dunia akan memberi kesan rantaian kepada seluruh ekonomi negara.

“Kos pengangkutan meningkat, harga makanan dan barangan asas melonjak, kos operasi industri bertambah dan tekanan inflasi akan dirasai oleh semua lapisan masyarakat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

“Dalam konteks ini, subsidi tenaga berfungsi sebagai penampan ekonomi negara yang melindungi rakyat daripada ketidaktentuan pasaran tenaga dunia,” katanya.

Tambahnya, rakyat perlu memahami bahawa harga minyak dalam negara tidak ditentukan sepenuhnya oleh faktor domestik, namun ia dipengaruhi oleh konflik geopolitik global di samping keputusan pengeluaran negara pengeluar minyak.

“Pada masa sama, harga itu turut dipengaruhi oleh sekatan ekonomi antarabangsa serta ketegangan ketenteraan yang boleh menjejaskan bekalan tenaga dunia.

“Perkembangan perang di Asia Barat hari ini menunjukkan bahawa kestabilan pasaran tenaga global semakin rapuh.

“Setiap konflik di rantau tersebut boleh memberi kesan besar kepada harga minyak dunia dan akhirnya memberi tekanan kepada ekonomi negara negara lain termasuk Malaysia,” katanya.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar