Program Sejambak Kasih JKM ceriakan golongan sasar di Bekenu menjelang Syawal

BEKENU – Golongan kurang berkemampuan di sini terus disantuni menjelang Aidilfitri tidak lama lagi apabila diraikan menerusi Majlis Sejambak Kasih Hari Raya Aidilfitri Bekenu 2026 pada Sabtu.

Majlis anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak yang berlangsung di Dewan Masyarakat Bekenu itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Rosey Yunus, yang turut menyerahkan sumbangan kewangan kepada penerima yang hadir.

Beliau berkata, inisiatif tahunan itu bertujuan meringankan beban kewangan golongan sasar, sekali gus menceriakan mereka dalam membuat persiapan perayaan.

“Program ini diadakan bagi membantu mengurangkan beban kewangan penerima bantuan serta menceriakan mereka untuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tersayang,” katanya.

Menurutnya, bagi tahun ini, seramai 1,086 penerima bantuan beragama Islam di Bahagian Miri akan menyambut Aidilfitri, daripada keseluruhan 4,792 penerima bantuan bulanan JKM. 

Daripada jumlah tersebut, 415 orang merupakan penerima di Subis, manakala 282 orang dari Bekenu.

“Pada majlis hari ini, sebahagian penerima menerima sumbangan secara langsung, manakala baki penerima yang lain akan menerima sumbangan perayaan yang dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing,” jelas beliau.

Dalam perkembangan sama, Rosey turut menggesa warga emas yang berkelayakan untuk segera mendaftar kemudahan Kenyalang Gold Card (KGC) yang menawarkan manfaat sehingga RM500 setahun bagi pemeriksaan kesihatan di klinik berdaftar.

“Bagi mereka yang belum mendaftar, maklumat lanjut boleh didapati menerusi ketua kampung atau pihak berkaitan di kawasan masing-masing,” tambahnya.

Sementara itu, Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Miri memaklumkan bahawa bagi tempoh Januari hingga Mac 2026, peruntukan berjumlah RM6.87 juta telah disalurkan kepada 4,792 penerima bantuan bulanan di bahagian itu. 

Bagi Subis termasuk Bekenu pula, sebanyak RM1.64 juta telah disalurkan kepada 1,094 penerima.

Related Posts

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis

BENTONG – Kira-kira 10,000 penerima akan mendapat manfaat daripada Kad Kesihatan Kasih Makmur Negeri Pahang (Edisi Pahlawan) tahun ini. Ia adalah antara usaha berterusan memastikan kebajikan golongan pejuang negara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

KUALA KRAI – Dua individu maut manakala dua lagi cedera dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Manek Urai, di sini, hari ini. Kejadian yang berlaku di Jalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis

Rafizi Ramli hadir ke SPRM, siasatan pelaburan RM1.1 bilion diteruskan

Rafizi Ramli hadir ke SPRM, siasatan pelaburan RM1.1 bilion diteruskan

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi

DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi

Penganggur mengaku tidak bersalah miliki diesel tanpa lesen

Penganggur mengaku tidak bersalah miliki diesel tanpa lesen

DBKK-MYSA meterai MoU, pacu bandaraya berteraskan data

DBKK-MYSA meterai MoU, pacu bandaraya berteraskan data