Kos tiang bendera: Tidak wajar banding Sarawak dan Selangor

KUCHING – Sarawak menyifatkan perbandingan kos projek pembinaan tiang bendera gergasi di negeri itu dengan projek serupa di Selangor sebagai tidak wajar berikutan skop pembangunannya yang jauh berbeza.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menegaskan, projek di Dataran Ibu Pertiwi itu bukan sekadar mendirikan sebuah struktur tunggal, sebaliknya melibatkan pembangunan sebuah kompleks yang lengkap.

Menurut beliau, projek bernilai RM30 juta itu merangkumi pelbagai komponen lain termasuk landskap, kemudahan awam dan elemen air pancut.

“Oleh itu, tidak adil untuk kita membandingkan kos tiang bendera Sarawak dengan di Selangor. Kalau kita bandingkan Mercedes atau BMW dengan Proton, kedua-duanya boleh membawa kita ke destinasi yang sama, tetapi spesifikasi dan kemudahannya berbeza,” katanya.

Tambah Abdul Karim, pembinaan mercu tanda itu juga menjadi contoh kepada negeri lain, dan menjelaskan bahawa sebahagian kos projek tersebut ditanggung oleh syarikat petroleum milik negeri, Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dan bukannya sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, perbezaan ketara kos itu turut disumbangkan oleh penggunaan teknologi moden.

Jelas beliau, berbeza dengan tiang bendera di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur yang menggunakan sistem takal manual, fasiliti di Sarawak direka dengan tahap kejuruteraan yang lebih kompleks.

“Kami tidak hanya membina tiang bendera tetapi turut menggunakan mesin khas seperti kren untuk menaikkan bendera gergasi seberat satu hingga dua tan.

“Kos ini turut merangkumi pembinaan struktur sekitar Dataran Ibu Pertiwi dan air pancut (Cascading Fountain) yang berfungsi sebagai tempat rekreasi,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Dr Abdul Rahman menekankan lokasi strategik projek yang terletak di atas bukit berhampiran Fort Margherita memerlukan penelitian aspek keselamatan dan kestabilan struktur yang lebih kuat agar tidak mengganggu monumen bersejarah tersebut.

Beliau turut mengesahkan pembinaan tiang bendera itu adalah hasil kerjasama dan sumbangan kewangan daripada syarikat minyak utama termasuk PETROS, Petroliam Nasional Berhad (Petronas), dan Shell.

Related Posts

Program JIWA@Komuniti di Saeh perhebat semangat patriotisme dan penyaluran maklumat sahih

NIAH – Program JIWA@Komuniti sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 terus menjadi platform strategik bagi memperkukuh hubungan antara agensi kerajaan dan masyarakat, khususnya buat penduduk di sekitar kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cameron Highlans dilanda banjir kilat, lumpur, pendaki maut
  • AdenAden
  • September 12, 2026

CAMERON HIGHLANDS – Hujan lebat yang melanda Cameron Highlands petang semalam mengakibatkan banjir kilat dan banjir lumpur di beberapa lokasi, selain kejadian tanah runtuh yang menjejaskan laluan di sekitar Tanah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar, Putin bincang penerbangan terus, bebas visa Malaysia-Rusia

Anwar, Putin bincang penerbangan terus, bebas visa Malaysia-Rusia

UMNO masih rasa ‘abang besar’, walau politik sudah berubah

UMNO masih rasa ‘abang besar’, walau politik sudah berubah

Program JIWA@Komuniti di Saeh perhebat semangat patriotisme dan penyaluran maklumat sahih

Program JIWA@Komuniti di Saeh perhebat semangat patriotisme dan penyaluran maklumat sahih

Cameron Highlans dilanda banjir kilat, lumpur, pendaki maut

  • By Aden
  • September 12, 2026
Cameron Highlans dilanda banjir kilat, lumpur, pendaki maut

‘Slayyy, semoga anak didik belajar dari guru’ – Anwar

‘Slayyy, semoga anak didik belajar dari guru’ – Anwar

MA63 bukan isu wilayah, tetapi sejarah Malaysia

MA63 bukan isu wilayah, tetapi sejarah Malaysia