Remaja suspek kes bunuh Taman Maju ditahan

JOHOR BAHRU – Seorang remaja lelaki disyaki terlibat dalam kes pembunuhan seorang wanita di sebuah bilik hotel di Taman Maju Jaya, di sini, berjaya ditahan polis dalam tempoh kurang 24 jam selepas kejadian.

Timbalan Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner Hoo Chuan Huat berkata, suspek berusia 19 tahun ditahan di sebuah kondominium di bandar raya ini.

“Polis turut merampas beberapa barangan dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian berkenaan, antaranya sehelai baju t-shirt berwarna perang, seluar jeans biru, topi hitam, sepasang kasut getah hitam, cakera keras sistem pengawasan kamera litar tertutup (CCTV) serta dua telefon bimbit,” katanya lapor Sinar Harian.

Menurutnya, hasil semakan mendapati suspek adalah warga asing dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Beliau berkata, ujian saringan awal air kencing dijalankan ke atas suspek juga didapati negatif dan bebas daripada sebarang jenis dadah.

Suspek kemudian dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi tujuan permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

“Mahkamah membenarkan suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 18 Mac bagi membantu siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Semalam media melaporkan seorang wanita warga asing ditemukan maut dengan 14 kesan tikaman di sebuah bilik hotel di Taman Maju Jaya.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mayat wanita berusia 37 tahun itu ditemukan selepas menerima laporan pada jam 5.30 pagi.

Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati mangsa dipercayai maut antara jam 1.30 pagi hingga 4.30 pagi.

Katanya, terdapat 11 kesan tikaman di dada serta masing-masing satu kesan tikaman di leher, jari telunjuk dan lengan kanannya.

Related Posts

Hari Malaysia: Perjuangan hak Sabah bukan usaha menjauhkan diri daripada Malaysia

KOTA KINABALU – Hak dan kepentingan Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan terus diperjuang dan direalisasikan melalui semangat kerjasama erat bersama Kerajaan Persekutuan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Generasi muda digesa fahami sejarah, pelihara hak Sarawak dalam MA63

ENGKILILI – Kesedaran mendalam mengenai sejarah pembentukan negara dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu terus diperkukuh, khususnya dalam kalangan generasi muda bagi memastikan mereka memahami kedudukan dan hak sebenar Sarawak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hari Malaysia: Perjuangan hak Sabah bukan usaha menjauhkan diri daripada Malaysia

Hari Malaysia: Perjuangan hak Sabah bukan usaha menjauhkan diri daripada Malaysia

Generasi muda digesa fahami sejarah, pelihara hak Sarawak dalam MA63

Generasi muda digesa fahami sejarah, pelihara hak Sarawak dalam MA63

Pembantu kedai cermin mata ditahan kes pecah amanah RM179,000

Pembantu kedai cermin mata ditahan kes pecah amanah RM179,000

United tersingkir saingan Piala Carabao, kalah 2-3 kepada Brighton

United tersingkir saingan Piala Carabao, kalah 2-3 kepada Brighton

Hari Malaysia 2026: KSU Komunikasi hargai komitmen semua pihak, syukur kelancaran majlis

Hari Malaysia 2026: KSU Komunikasi hargai komitmen semua pihak, syukur kelancaran majlis

Pahang rekod kutipan hasil lebih RM1 bilion untuk tahun kelima

Pahang rekod kutipan hasil lebih RM1 bilion untuk tahun kelima