Banjir Taman Hill Top dapat perhatian, sistem perparitan dinaik taraf

TAWAU – Masalah banjir yang sekian lama membelenggu penduduk di Taman Hill Top mendapat perhatian apabila kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan mula dilaksanakan bagi memperbaiki aliran air dan mengurangkan risiko banjir di kawasan berkenaan.

Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah merangkap ADUN Kukusan, Datuk Rina Jainal berkata, tindakan pembinaan semula sistem perparitan dilaksanakan dalam tempoh kurang dua minggu selepas isu itu dibangkitkan.

“Aduan itu diterima dan dikumpulkan oleh Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kukusan sebelum dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar bersama Majlis Perbandaran Tawau (MPT).

“Kerja yang dilaksanakan melibatkan pembinaan parit yang lebih besar dan lebih tinggi bagi memperbaiki aliran air supaya masalah banjir yang sering berlaku dapat dikurangkan,” ujarnya dalam kenyataan media, pada Khamis.

Menurut Rina, selaku wakil rakyat kawasan itu, komited memperjuangkan keperluan rakyat serta memastikan setiap aduan yang disuarakan mendapat perhatian dan tindakan sewajarnya.

“Kita akan terus berusaha mencari penyelesaian terbaik demi kesejahteraan komuniti setempat.

“Semoga usaha ini dapat memberikan penyelesaian jangka panjang kepada masalah banjir yang dihadapi penduduk,” kongsinya.

Related Posts

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

KOTA SAMARAHAN – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menzahirkan rasa berpuas hati dengan kualiti penyiapan projek INTAN Leadership Development Park (I-LEAD) di Institut Tadbiran Awam Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RUU Pewarisan Orang Islam 2026 modenkan perundangan syariah Sabah

KOTA KINABALU – Rang Undang-Undang (RUU) Pewarisan Orang Islam 2026 yang diluluskan Kerajaan Sabah bersama Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri menjadi langkah penting dalam memperkemas dan memodenkan perundangan Syariah di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

RUU Pewarisan Orang Islam 2026 modenkan perundangan syariah Sabah

  • By Ithma
  • August 12, 2026
RUU Pewarisan Orang Islam 2026 modenkan perundangan syariah Sabah

RCI Tabung Haji: Guan Eng terima pujian kerana selamatkan Tabung Haji

RCI Tabung Haji: Guan Eng terima pujian kerana selamatkan Tabung Haji

Siasat dakwaan agih bantuan untuk dapat sokongan

Siasat dakwaan agih bantuan untuk dapat sokongan

Tular jual RON95 kepada kenderaan asing, KPDN Perak tindak pantas

Tular jual RON95 kepada kenderaan asing, KPDN Perak tindak pantas

Rakyat dapat 10GB data percuma sempena Hari Kebangsaan, Hari Malaysia

Rakyat dapat 10GB data percuma sempena Hari Kebangsaan, Hari Malaysia