Royston lancar SKAS, serah geran MRP berjumlah RM603,000

MUKAH – Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 peringkat DUN Tellian dilancarkan hari ini di Medan Mall dekat sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, SKAS 2026 menyasarkan bantuan kepada rakyat Sarawak yang berpendapatan isi rumah di bawah RM5,000 sebulan, khususnya pemegang kad pengenalan ada huruf ‘K’.

“Program ini merangkumi kategori Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang, dan penerima digalakkan menggunakan S Pay Global bagi membeli barangan keperluan secara digital dan cashless,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran berkenaan.

Menurut beliau, bantuan kerajaan Sarawak disalurkan secara berfasa tahun ini, iaitu Fasa 1 pada Mac, Fasa 2 (Mei) dan Fasa 3 (November).

“Fasa pengagihan SKAS 2026 dilakukan sebelum perayaan, selain memastikan tiada penerima yang tercicir,” kata Royston.

Dalam majlis sama, Royston turut menyerahkan Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM603,000 kepada 43 penerima.

Ujarnya, geran MRP diberikan bagi menyokong pembangunan komuniti di kawasan DUN Tellian.

Majlis turut dihadiri, Pegawai Daerah Mukah Paleadzman Ahip; Temenggong Hendi Suhai dan Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias.

Terdahulu, Royston melakukan lawatan ke pasaraya Medan Mall bagi menyaksikan sendiri penerima SKAS 2026 berbelanja menggunakan aplikasi S Pay Global.

“Pelancaran SKAS hari ini diyakini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap digitalisasi pembayaran,” tambahnya.

Related Posts

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

JOHOR BAHRU – Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching menyifatkan keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

KUCHING – Sambutan Hari Gawai Dayak bukan sekadar perayaan menuai hasil tuaian, malah menjadi wadah penting dalam memperkukuh perpaduan masyarakat berbilang kaum, memelihara warisan budaya serta memperkasa daya saing rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri