JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

MIRI – Semangat kebersamaan dan amalan gotong-royong jelas terpancar dalam kalangan warga Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi Program Memasak dan Pengagihan Bubur Lambuk pada Isnin.

Program bersempena bulan Ramadan itu meriah apabila kakitangan berganding bahu di pekarangan tempat letak kereta JKR Miri, Menara 1 sejak awal pagi.

Dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Islam JKR, kakitangan jabatan bergotong-royong menyediakan bubur lambuk. Ia kemudiannya diagihkan kepada warga jabatan serta orang ramai yang melalui kawasan tersebut sebagai juadah berbuka puasa.

Penganjuran amal berkenaan turut mendapat kerjasama daripada Co-op Bank Pertama yang tampil menyokong usaha kebajikan itu.

Menurut kenyataan JKR Sarawak, program itu bukan sahaja bertujuan memeriahkan Ramadan, malah menjadi platform memupuk semangat kerjasama dan mempererat silaturahim warga kerja.

“Melalui aktiviti gotong-royong seperti ini, ia dapat menyemai nilai kebersamaan dan menggalakkan budaya saling membantu.

“Pada masa yang sama, kita berpeluang untuk berkongsi rezeki bersama masyarakat setempat,” jelas kenyataan tersebut.

“Program seumpama ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu usaha memperkukuh ukhuwah serta menyemarakkan amalan kebajikan dalam komuniti warga JKR Bahagian Miri,” tambah kenyataan itu lagi.

Foto: Facebook Jabatan Kerja Raya Sarawak

Related Posts

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

MASJID TANAH – PKR Cabang Masjid Tanah memberi bayangan bakal menampilkan barisan calon muda pada pilihan raya akan datang sebagai usaha membawa pembaharuan politik yang lebih dekat dengan denyut nadi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

KOTA KINABALU – Minggu Suai Mesra (MSM) dan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi Program Asasi Teknologi Maklumat serta Asasi Sains Sosial di Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan dilaksanakan secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

Mengenali, memahami keistimewaan surah Al-Mulk

Mengenali, memahami keistimewaan surah Al-Mulk