Rizan Aziz cadang pemasangan CCTV di kawasan strategik

SANDAKAN – Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Negeri Sabah, Rizan Aziz, mencadangkan pihak berkuasa tempatan (PBT) memasang kamera litar tertutup (CCTV) di semua kawasan strategik termasuk Batu 8, Batu 16, Batu 7, Batu 4 dan pusat bandar Sandakan.

“Cadangan ini bertujuan untuk meningkatkan keselamatan awam dan memudahkan tindakan pihak berkuasa.

“Kita mencadangkan pemasangan CCTV di kawasan strategik kerana ia banyak membantu pihak berkuasa.

“Selain itu, anggota keselamatan seperti polis juga wajar ditambah, terutamanya di kawasan yang padat penduduk seperti Batu 8,” katanya dalam kenyataan media, pada Isnin.

Dalam pada itu, Rizan tampil prihatin dengan menyantuni anggota Penguatkuasa PBT Sandakan yang dilaporkan dibelasah penjual rokok tidak bercukai di Batu 8 baru-baru ini.

Beliau menghulurkan sumbangan peribadi kepada mangsa, sambil bertanyakan khabar dan mendengar keluhan serta punca kejadian yang tular di media sosial.

Related Posts

Naik taraf Lapangan Terbang Sandakan tepat pada masanya

SANDAKAN – Cadangan menaik taraf terminal Lapangan Terbang Sandakan dilihat tepat pada masanya bagi menyokong perkembangan sektor pelancongan menjelang kempen Visit Sabah Year 2027. Presiden Persatuan Pelancongan Sandakan (STAN), Teo…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fiesta Rakan Muda Pahang rekod 10,000 pengunjung

KUANTAN – Kira-kira 10,000 belia berusia antara 13 hingga 30 tahun memeriahkan Fiesta Rakan Muda @ Pahang 2026 yang berlangsung selama tiga hari di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Naik taraf Lapangan Terbang Sandakan tepat pada masanya

  • By Fandi
  • September 13, 2026
Naik taraf Lapangan Terbang Sandakan tepat pada masanya

Fiesta Rakan Muda Pahang rekod 10,000 pengunjung

Fiesta Rakan Muda Pahang rekod 10,000 pengunjung

Parti kucing, parti janda dan ego tiga penjuru menjelma di Kedah

Parti kucing, parti janda dan ego tiga penjuru menjelma di Kedah

PMX kekal fokus bekerja, rakyat semakin matang menilai politik — Dr Sahul Hamid

PMX kekal fokus bekerja, rakyat semakin matang menilai politik — Dr Sahul Hamid

Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS

Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS

‘Guru minta izin nyanyi kejap’, lagu Hindi klasik dendangan Anwar curi perhatian

‘Guru minta izin nyanyi kejap’, lagu Hindi klasik dendangan Anwar curi perhatian