Kerajaan Selangor jamin golongan rentan tidak terpinggir dengan kepesatan pembangunan

PEMBANGUNAN pesat serta kemasukan pelaburan yang semakin rancak di Selangor tidak akan meminggirkan golongan rentan.

Sebaliknya, Kerajaan Selangor memberi jaminan bahawa pelbagai inisiatif terus diperkasa bagi memastikan kebajikan mereka sentiasa terpelihara.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, seiring pencapaian ekonomi yang memberangsangkan, Kerajaan Negeri tetap memberi perhatian kepada kumpulan yang memerlukan sokongan dan bantuan.

“Kita rasa gembira sebab kita dapat meneruskan kesinambungan program kebajikan, pembangunan dan kesejahteraan. Baru beberapa hari lepas, telah diumumkan, Selangor mencatatkan jumlah pelaburan kedua tertinggi di Malaysia.

“Daripada pelaburan itu, kita cipta peluang pekerjaan, sampai September sahaja, kita cipta lebih 43,000 kepada masyarakat. Tapi bagi Kerajaan Negeri, kita tidak puas hati dengan benda ini sahaja kerana kita tahu, di saat ada pembangunan, pelaburan masuk, masih ada juga yang memerlukan sokongan.

“Sebab itu Kerajaan Negeri dalam Belanjawan lepas kita umumkan BINGKAS tambahan sebab ada orang yang tiba-tiba diserang dengan masalah, kehilangan kerja dan boleh jatuh miskin tegar,” katanya berucap pada majlis penyerahan sumbangan Aidilfitri Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia di Dewan Beringin Taman Seri Gombak, hari ini.

Pada majlis itu, seramai 1,500 golongan rentan di Parlimen Gombak menerima sumbangan Aidilfitri berjumlah RM750,000 daripada MBI dengan majlis penyerahan disempurnakan Amirudin di tiga lokasi iaitu Masjid At-Taqwa Selayang Baru, Dewan Beringin Taman Seri Gombak dan Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) AU5, hari ini.

Sebelum ini, Amirudin dalam Belanjawan 2026 mengumumkan Kerajaan Negeri memperkenalkan inisiatif khas baharu iaitu BINGKAS Tambahan (BINGKASAN) dengan peruntukan RM5 juta.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan