ADUN Ayer Kuning terus laksana amanah penuhi keperluan penduduk

TAPAH – Sejak memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada April lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Dr Mohamad Yusri Bakir terus melaksanakan tanggungjawabnya dalam memastikan keperluan dan kebajikan penduduk setempat sentiasa diberi perhatian.

Menurut beliau, antara perkara yang menjadi keutamaan ketika ini adalah pelaksanaan projek pembangunan serta penyediaan kemudahan asas yang memberi manfaat langsung kepada masyarakat di kawasan berkenaan.

Katanya, ia termasuk kerja-kerja baik pulih jalan dan jambatan selain penyelenggaraan masjid serta surau yang menjadi keperluan penting penduduk.

“Di samping itu, kita juga berusaha menyelaras bantuan berkaitan perumahan khususnya kepada mereka yang berdepan masalah kediaman dan memerlukan kerja baik pulih.

“Walaupun berdasarkan data semasa tiada kes miskin tegar direkodkan di DUN Ayer Kuning, kita tetap komited memastikan kebajikan serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara melalui pelbagai inisiatif kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Program Meriah Beraya Sejahtera Bersama 2026 DUN Ayer Kuning yang diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Tersusun Haji Tahir, Temoh di sini pada Ahad.

Mohamad Yusri yang juga Ketua Penerangan UMNO Bahagian Tapah turut menzahirkan rasa syukur atas sokongan pelbagai pihak yang banyak membantu dalam melaksanakan amanah sebagai wakil rakyat.

“Saya bersyukur kerana mendapat sokongan yang baik daripada semua pihak dan kita akan terus berusaha memberikan pencapaian terbaik khususnya dalam meningkatkan kesejahteraan penduduk di DUN Ayer Kuning,” ujarnya.

Pada PRK DUN Ayer Kuning yang diadakan pada April tahun lalu, Mohamad Yusri berjaya mempertahankan kerusi kubu kuat Barisan Nasional (BN) itu dengan majoriti 5,006 undi.

Beliau memperoleh 11,065 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Abdul Muhaimin Malek yang meraih 6,059 undi serta calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS dengan 1,106 undi.

PRK tersebut diadakan susulan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia akibat serangan jantung selepas menyertai perlawanan bola sepak persahabatan di Pulau Pinang pada 22 Februari tahun lalu.

Related Posts

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

LAHAD DATU – Hasrat seorang lelaki mencari rezeki di laut berakhir dengan tragedi apabila dia dipercayai dibaham seekor buaya ketika mengambil pukat di perairan Kampung Mundas, Tungku dekat sini pagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengarahkan supaya tiada caj parkir atau kompaun dikenakan kepada pengguna susulan gangguan teknikal yang menyebabkan aplikasi parkir tidak dapat diakses.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

  • By Aden
  • June 30, 2026
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil