Sanusi tidak perlu bersangka buruk di bulan mulia ini – Saifuddin

PADANG SERAI – Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail secara sinis berpendapat, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tidak perlu terkesan dengan program-program melibatkannya di kawasan Kulim dan Padang Serai terutama di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Malah Menteri Dalam Negeri itu turut menyifatkan Ketua Pengarah Pilihanraya Perikatan Nasional (PN) itu merupakan seorang Menteri Besar yang hebat khususnya melalui pelan ‘The Greater Kedah.’

Sehubungan itu, Saifuddin menegaskan prinsipnya untuk enggan melayan kritikan yang dilemparkan Sanusi terhadapnya sebelum ini, apa lagi di bulan Ramadan ketika umat Islam sibuk memberi tumpuan pada amal ibadah.

“Biar Sanusi (nak cakap apa pun)… saya (di) bulan puasa kita (mahu) buat amal ibadat banyak-banyak, tak usah bersangka buruk sangat.

“Lagipun dia (Sanusi) seorang Menteri Besar yang hebat memimpin ‘The Greater Kedah’, kalau nak terkesan dengan saya dengan program (seperti kempen) tukar al-Quran (seperti hari ini), tak ada kot (tidak terfikir),” jelas Saifuddin.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Kedah 2026 di Dewan Koperasi Mukim Sidam Kanan, di sini, malam tadi.

Sebelum ini, media melaporkan Menteri Besar Kedah itu membidas Saifuddin yang didakwa menyalahgunakan agensi serta dana kerajaan bagi tujuan kempen politik di Padang Serai dan Kulim.

Menurut Sanusi, amalan menggunakan jentera kerajaan untuk kepentingan peribadi dan politik adalah tidak wajar serta bercanggah dengan prinsip berpolitik secara matang.

Pengerusi Perikatan Nasional Kedah itu turut mendakwa Saifuddin juga kerap turun ke Kulim kebelakangan ini sehingga kawasan itu digelar orang ramai sebagai Kementerian Dalam Negeri (KDN) Kulim.

Related Posts

Pelajar praktikal UiTM, wanita pemilik kolam ikan maut terkena renjatan elektrik
  • AdenAden
  • September 14, 2026

​JERTIH – Dua wanita termasuk seorang pelajar universiti disahkan meninggal dunia dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di kawasan kolam ternakan ikan di Pantai Air Tawar, petang semalam. ​Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Aset S-GLC Pahang meningkat kepada RM11.3 bilion

BENTONG – Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (S-GLC) Pahang merekodkan prestasi kukuh pada 2025 dengan jumlah aset meningkat kepada RM11.3 bilion, hasil RM2.7 bilion dan keuntungan bersih RM525 juta. S-GLC turut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelajar praktikal UiTM, wanita pemilik kolam ikan maut terkena renjatan elektrik

  • By Aden
  • September 14, 2026
Pelajar praktikal UiTM, wanita pemilik kolam ikan maut terkena renjatan elektrik

Aset S-GLC Pahang meningkat kepada RM11.3 bilion

Aset S-GLC Pahang meningkat kepada RM11.3 bilion

5,000 jemah imarahkan Festival Turath Islami Malaysia

5,000 jemah imarahkan Festival Turath Islami Malaysia

Bubar DUN atau tarik sokongan? Jangan jadikan mandat rakyat ujian keikhlasan politik

Bubar DUN atau tarik sokongan? Jangan jadikan mandat rakyat ujian keikhlasan politik

Anwar bawa diplomasi pragmatik ke pentas dunia wajar dihargai

  • By Fatin
  • September 14, 2026
Anwar bawa diplomasi pragmatik ke pentas dunia wajar dihargai

Lelaki maut dihempap jentolak di Long Seridan

Lelaki maut dihempap jentolak di Long Seridan