Kerjasama dan persefahaman rakyat kunci kemajuan negara – KP JKOM

KULIM – Kerjasama dan persefahaman merupakan titik kemajuan bagi sesebuah negara yang penduduknya terdiri dari pelbagai bangsa.

Ketua Pengarah JKOM, Datuk Ismail Yusop berkata, semua bangsa perlu bertolak ansur dalam mencapai kemajuan dan tidak mudah terpengaruh dengan budaya fitnah oleh pihak tertentu.

Katanya, tiada sebuah negara di dunia ini jika meletakkan semangat perkauman di atas akan maju.

“Sekiranya pelbagai bangsa yang ada di negara kita saling bekerjasama dan meletakkan perpaduan sebagai kunci keamanan sudah pasti negara akan terus maju.

“Malaysia yang mempunyai pelbagai bangsa sama ada Melayu, Cina, India dan sebagainya perlu menanam kalimah perpaduan itu dalam jiwa masing-masing seandainya negara mahu mencapai kemajuan,” katanya ketika merasmikan Program Key Communicator di Dewan Kulim Hindu Sabha di Pekan Kulim hari ini.

Menurutnya, rakyat hari ini tidak perlu mudah terpengaruh dengan bisikan pihak tertentu yang cuba meniupkan api perkauman.

Program itu turut dihadiri oleh Pengarah JKOM Utara, Kapten (B) Azizi Azizan dan Ketua Cabang PKR Parlimen Kulim Bandar Baharu, Yeo Keng Chuang.

Menurut Ismail, program yang dianjurkan oleh JKOM hari ini terbukti perpaduan di kalangan rakyat dari pelbagai bangsa masih lagi kuat.

“Adalah sangat merugikan sekiranya rakyat terpengaruh dengan budaya fitnah yang kini berlegar di media sosial.

“Pihak berkenaan mahukan kerajaan hari ini huru hara angkara semangat perkauman yang dimainkan itu.

“Bagaimanapun Kerajaan MADANI hari ini sentiasa menangkis fitnah berkenaan supaya segala dasar kerajaan untuk rakyat terus dimanfaatkan,” jelasnya.

Menurutnya lagi, adalah sangat merugikan sekiranya rakyat terikut dengan nada pihak berkenaan yang akhirnya kemajuan akan terus hancur.

“Melalui JKOM kerajaan akan sentiasa bekerja keras untuk turun ke padang semata-mata supaya rakyat tidak tercicir dengan dasar Kerajaan MADANI hari ini.

“Kita ada Kampung MADANI dan Sejati MADANI yang kini menjadi platform penting untuk mendekati komuniti supaya rakyat dapat menerima penerangan yang jelas hasil usaha kerajaan hari ini,” katanya.

Jelasnya lagi, Ismail berkata, beliau sungguh terharu dengan penduduk di kawasan itu yang mampu datang duduk di bawah satu bumbung walaupun pelbagai latar belakang.

Ini menunjukkan rakyat sentiasa menjunjung perpaduan dan persefahaman dalam lanskap politik negara.

Related Posts

Pas dan politik koalisi: Mengapa hubungan sering tidak kekal lama?

PARTI Islam Se-Malaysia (Pas) merupakan antara parti politik tertua di negara ini dan mempunyai sejarah panjang dalam membentuk kerjasama politik dengan pelbagai gabungan parti. Namun, hampir setiap kerjasama yang dibina…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Unduk Ngadau Kaamatan 2026 tampil pembaharuan, 53 finalis rebut gelaran di pentas akhir

KOTA KINABALU – Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026 tampil dengan beberapa pembaharuan besar termasuk pengenalan sistem penilaian dua peringkat serta penambahan jumlah peserta yang layak ke pusingan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas dan politik koalisi: Mengapa hubungan sering tidak kekal lama?

Pas dan politik koalisi: Mengapa hubungan sering tidak kekal lama?

Unduk Ngadau Kaamatan 2026 tampil pembaharuan, 53 finalis rebut gelaran di pentas akhir

Unduk Ngadau Kaamatan 2026 tampil pembaharuan, 53 finalis rebut gelaran di pentas akhir

Kerajaan terus santuni rakyat, 100 penduduk Kanowit ceria terima sumbangan Gawai

Kerajaan terus santuni rakyat, 100 penduduk Kanowit ceria terima sumbangan Gawai

Kerajaan salur RM3.018 juta bangunkan semula penempatan mangsa kebakaran Rantau Kiran

Kerajaan salur RM3.018 juta bangunkan semula penempatan mangsa kebakaran Rantau Kiran

AKPS hanya laksana amanah penguatkuasaan di Sabah – Mohd Shuhaily

AKPS hanya laksana amanah penguatkuasaan di Sabah – Mohd Shuhaily

AKPS rampas 14 kontena ayam sejuk beku bernilai RM2.43 juta

AKPS rampas 14 kontena ayam sejuk beku bernilai RM2.43 juta